fuh.. setahun dah aku tak mengupdate blog! padahal punya lah banyak menda yang aku nak share tapi tak terluah dengan perkataan. haha.. tak pe nnt ada time akan aku update lah backlog2 punya cerita yang byk2 tu untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang ...
Reehan Adli-3.3kg- 28 Julai 2014, 1 Syawal 1435H |
. ..but for now, aku nak citer pasal pengalaman melahirkan REEHAN ADLI. anak kedua kami... kelahiran yang dramatik!! dan pengalaman yang sangat-sangat berharga yang Allah kurniakan pada kami. pengalaman yang hanya insan terpilih jer boleh dapat. orang yang ada anak ramai pon belum tentu dapat merasa pengalaman macam ni...
begini ceritanya... cewahh!
expected due date telah diramalkan pada 29 Julai 2014 atau bersamaan 2 syawal 1435H. Sejak awal pregnan aku berdoa semoga baby kali ni pon lahir lambat macam Raheel... lewat sampai 10 hari gitew.. so, sempat lah aku nak beraya sakan. atau dengan lebih tepat lagi melantak sakan juadah raya... haha.. makan itu penting!
25 julai, hari jumaat pagi aku pegi check up kat hospital Pantai Klang, tempat aku plan nak bersalin nanti lah. masa check up everything ok, tak de tanda2 aku nak bersalin lagi walopon dah sebulan lebih aku rasa sakit bila berjalan and dah dua minggu aku MC sebab doktor suruh rest pasal baby dah terturun awal. so after check up kami balik ke seri kembangan. sebelum balik rumah singgah alamanda putrajaya nak beli barang. walopon aku tak larat sebenarnya nak jalan, tapi aku gagahkan jugak. lagipon, kejap jer.. lepas beli barang terus balik... tak de nak meround2...
kat rumah aku perasan dah ada tanda coklat2... alamak! sempat tak aku nak raya nih? takpe... 2 hari jer lagi... raya kan hari isnin. so aku doa banyak semoga sempatlah aku beraya atau setidak-tidaknya makan juadah raya dulu sebelum bersalin... hehehe.. sekali lagi, makan itu penting!
26 julai petang hari sabtu, kami balik klang sempena nak raya and terus balik untuk aku berpantang kat rumah ibu mertua tersayang. tanda coklat masih ada tapi tak banyak. aku try2 rasa2 kot2 ada contraction, tapi yang ada cuma rasa2 mild period pain jer.. brixton hicks kot... belom lagi... malam tu aku tak leh tido sangat sebab ada rasa2 macam sakit, tapi tak delah sakit sangat. so aku abaikan aje..
27 julai, tanda coklat makin banyak... siap kuar macam lendir2 bagai.. tapi aku abai kan jugak sebab tak sakit... rasa2 macam period pain yang manja2 gitew jer.. petang tu buka puasa terakhir sebab esok nak raya dah. aku buka kat umah abang aku ramai2 adik beradik. makan juadah raya. lemang, rendang, ketupat, kuah kacang... semua pon ada! nyum2...
aku mengadu kat kakak ipar aku yang aku sakit bila berjalan dah sebulan, and dua minggu kebelakangan ni mmg sangat2 sakit (bila berjalan). and aku cerita jugak yang aku dah ada turun tanda tapi takde pulak rasa sakit contraction. hahaha.. semua orang dah risau and suruh pegi hospital, tapi aku malas sbb skarang ni public holiday. lagipon, air ketuban tak pecah pon... kalo pegi hospital and belum masa nak bersalin buang karan jer...
balik dari rumah abang aku, ibu mertua aku pon dah siap masak juadah raya. ape lagi?? aku pon melantak lah lagi... hahaha punya lah kenyang!! dalam hati aku kata kalo terberanak pon tak pe dah sbb aku dah puas makan semua juadah raya. hahaha...
malam tu aku tak berapa boleh tido jugak sebab ada rasa macam sakit. tapi tak de lah sakit sangat pon, cuma kadang2 rasa macam period pain. pukul 7 pagi aku bangun and bagi tau hubby yang aku rasa macam sakit, tapi tak tau lah sakit ni dah nak bersalin ke tidak sebab tak de lah sakit sangat pon. tapi sakit dia lebih kuat dari semalam... so kami decide nak pegi hospital. tapi before tu hubby siap boleh tanya, "sempat tak kalau hubby pegi sembahyang raya dulu?" aku jawab "entah, boleh kot... tapi tak tau lah nak cakap..." anyhow, hubby decide untuk tak jadi pegi masjid. aku pon mandi and siap untuk pegi hospital.
sebelum keluar aku rasa lapar and decide untuk breakfast dulu. karang kalo lapar, takde energy pulak nak push2.. hahaha.. makan itu penting... so, ibu mertua aku amik kan nasi impit dengan rendang.. aku pon makan... nyum2... sambil2 makan tu bila rasa sakit aku stop kejap, then sambung balik makan... sampai lah habis...
lepas makan, aku salam, and kiss ibu and cakap "babai ibu.. selamat hari raya..." siap gelak2 lagi.. pastu aku jalan sampai pintu, tetiba aku rasa sakit sangat2.. aihh?? tetiba pulak sakit giler nih... aku berenti kat pintu menahan sakit, hubby datang pimpin tangan aku nak masuk kereta. sampai kat pintu kereta aku dah tak dapat nak angkat kaki masuk kereta. time tu aku rasa macam nak sangat buang air besar. aku bagi tau hubby aku kena pegi toilet dulu, kalo tak nanti terbuang dalam kereta...
so hubby pun pimpin tangan aku masuk balik dalam rumah untuk pegi toilet. masuk toilet ibu suruh hubby temankan aku. dia pesan, buang air tapi jangan teran. dengan ditemani hubby, aku pon selesai bisness. dah settle, aku bangun dari toilet seat and tiba2 aku rasa burning sensation kat area bawah tu. perasaan yang sama masa aku lahirkan raheel dulu, masa baby nak keluar. aku cakap kat hubby "baby nak keluar! nak keluar sangat dah ni..." automatically, macam tindakan reflect, aku melutut and tanpa dapat ditahan2 lagi perasaan nak meneran tu datang. aku pon ape lagi?? layan kan jer.. sekali teran kepala baby dah keluar. punyalah panic satu rumah... hubby beristighfar bila nampak kepala dah keluar... ibu kelam kabut carik kain untuk lapik takut baby jatuh ke lantai... another urge untuk push, aku push and baby pon keluar. hubby dengan jaya nya menyambut baby yang keluar tu... fuhhh.. lega! hahaha..
tangan hubby penuh darah menyambut kelahiran Reehan.. |
few seconds after baby lahir, dia pon nangis... bertambah lega... ayah mertua aku tengah tunggu dalam kereta dengan Raheel, terkejut dengar suara baby nangis...aik?? tak kan dah bersalin?? hahaha.. betul lah.. memang dah terbersalin! dalam bilik air tu jugak hubby azan, baca fatihah, baca ayat kursi.. suci bilik air tu. abis setan2 semua lari... hahaha!
dengan baby cot yang masih attach, aku dengan bersusah payah keluar dari bilik air and duduk bersandar kat cabinet dapur sambil riba baby... ayah telefon ambulance, hubby telefon hospital mintak doktor aku standby. tak lama ambulans datang... hahaha.. merasa aku naik ambulans. seb baik spital dengan rumah dekat jer..
sampai hospital masuk labor room, doktor tricia tanya aku "rafidah, what happen??" aku gelak2 jer.. "i dont know la doktor, the baby just came out..." hahaha..
kejap jer kat labour room, yelah.. baby pon dah keluar kan... so doktor just potong tali pusat, keluarkan uri, jahit 2nd degree tear aku (hah! hamek ko!) tear sbb tak episitomy. then aku masuk berbotol2 antibiotik sbb doktor takut infection pasal beranak kat rumah.
duduk hospital satu hari then esok dah boleh balik dahhhh... tahun ni beraya kat hospital kita... hehehe.. nampaknya bukan aku yang nak beraya, tapi REEHAN ADLI yang nak sambut raya.... 28 Julai 2014, 1 syawal 1435H @ 8.50am sewaktu takbir bergema tu dia lahir... sampai tak sempat nak pegi hospital! dramatik betol!
ape pun, ALHAMDULILLAH sebab semuanya selamat.....
REEHAN ADLI bin FAIZAL ADLI, welcome to the world!!! we love u!! ANUGERAH SYAWAL yang terindah....