mukaddimah: wahh.. entry ni aku dah tulis lama... bila tgk iklan pasal AKPK kat tv baru2 ni, teringat aku nak nengok balik entry ni. tapi takde plak kat page aku. rupenyer masih draft lagik.. auto publish tu tak publish kan plak entry nih... aku silap setting kot.. haha.. aparaa...
Ukur baju pada badan sendiri tu maksud dia belanja ikut kemampuan diri… kat malaysia kan ramai dah golongan yang muda2 lagi dah kena isytihar bankrupt. Ni semua gara2 belanja lebih dari kemampuan la nih.
Zamam sekarang ni tuntutan kewangan memang agak membebankan. Pendapatan tak seberapa tapi cost of living sgt2 tinggi. Kena pulak dgn jiwa muda + macam2 dugaan… nak kreta besar2, nak soprt rim, nak gadget yang up to date, nak barang branded2.. kalo diikutkan nafsu memang arr buleh jatuh bankrupt!
Aku selalu ingatkan diri, and belajar daripada ape yang aku nampak kat sekeliling aku. Sebelum beli ape2 barang yang perlukan komitmen duit, kena fikir betul2, fikir utk jangka masa panjang. Kalau nak beli kereta, jangan fikir setakat mampu nak bayar monthly installment, tapi kena fikir jugak road tax tiap2 tahun, maintenance, minyak, tol, emergency kot2 kereta rosak ke…
kalau nak beli rumah, kena fikir, lepas bayar duit rumah balance duit yang ada tu cukup tak untuk survive? Rumah ni komitment dia bukan setakat 6 7 tahun, tapi buleh sampai 20 30 tahun. sanggup ke nak berdikit2 sampai tercekik leher pasal nak bayar duit rumah tiap2 bulan? Kena pulak lepas setahun, anak bertambah… tu belum kira hal2 kecemasan lagi tuh. orait, gaji naik tiap2 tahun, tapi cost of living pon ikut naik! So kena make sure kedudukan financial betul2 kukuh before buat keputusan untuk komitmen yang besar2 nih.
Tak mau lah jadi yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Beli harta tak fikir kemampuan, bulan2 tak mampu bayar, guna pulak duit KWSP… akhirnya, duit KWSP habis, rumah pulak kena lelong… ape pun tak dapat..
Bersyukur sebab aku ada kesedaran financial nih! (cewah..) aku slalu tgk website AKPK.
Macam2 info pasal menguruskan kewangan ada kt situ. Siap buleh ukur tahap kesihatan kedudukan kewangan lagi! Setakat ni alhamdulillah, kedudukan kesihatan kewangan aku di tahap terbaik! Korang buleh uji tahap kesihatan kewangan tu kat sini…
hehehe.. selamat mencuba! Mari menguruskan kewangan dengan berhemah demi masa depan yang cerah!