Aku ngn raheel bersama 28 juta rakyat Malaysia yang lain baru lepas menonton perlawanan akhir badminton olympic antara Datuk Lee Chong Wei dgn musuh tradisi Lin Dan. adoiii dari mula game sampai ke sudah jantung aku ni bagai nak gugur! huhu.. siap sorak2 Malaysia! Malaysia! lagi... Raheel pon ikut sorak jugak sambil sengeh2 tgk aku stress... mesti dia pelik, kenapalah bonda nih?? heheh..
terlalu besar harapan rakyat malaysia sandarkan pada Datuk Lee Chong Wei, dan bila pingat emas tu terlepas lagi, kecewa nya rasa nak guling2! bukan baskin robin free yang aku harapkan, bukan cuti umum yang diinginkan (errmmm ingin la jugak.. hehe) tapi kepuasan dan perasaan bangga bila akhirnya Malaysia dapat gold medal dlm olympic tu yang sangat2 diimpikan... tapi nak buat macam mana kan? belum rezeki lagi... Chong Wei dah main sungguh2 and aku rasa dia dh bagi all out. tapi mmg xde luck nak menang lagi.. aku rasa badi tak de ong dia lawan Lin Dan tu mmg sgt kuat lah! he needs to break the wall... bila sekali dia menang lawan Lin Dan, cayelah, lepas tu mesti dia tak kan kalah lagi dgn Lin Dan yang sombong tuh!
eiii memang nyampah aku tgk muka bongkak over confident Lin Dan bila lawan ngn Chong Wei. cara dia pandang Chong Wei tu macam dia nampak chong wei nih kecikkk jerr.. macam "alahh.. xde benda lah ko nih!, senang2 jerr aku nak makan ko.., world no. 1 konon.." gitulah aku rasa Lin Dan rasa pada Chong Wei (chewahh... hebat btol aku bleh rasa ape org lain rasa pd org lain) hehehe..
ape pon, kecewa rakyat Malaysia nih tak boleh nak bandingkan dengan rasa kecewanya Datuk Lee Chong Wei bila dia tak mampu nak bagi kemenangan untuk Malaysia. sedihh jer aku tgk dia terduduk lepas dia kalah tu... uhhh kesiann... pas ni nak kena berdepan dgn reporter plak, nak jwb soalan kenapa tak menang?? adoiii... kesian lahh..
nak nanges aku tgk scene ni.. |
what ever it is, tahniah jugak utk Datuk Lee Chong Wei!!! lain kali lawan Lin Dan, kasi smash sama dia okeyy??
mari kita nyanyi..
"Kalau engkau jatuh... jangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan cepat mengalahhh...."
No comments:
Post a Comment