Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 9, 2011

Sayang isteri tolong-tolong kan...

Isteri bukan hamba, ok… sila keep this in mind wahai para suami… kenapa plak tetiba aku kuarkan statement mcm ni?? Hahaha.. sila baca yang seterusnya…

Adaka patut geng2 suami buleh kuarkan statement “aku dah bayar puluh puluh ribu masa kawin dulu, so keje rumah mestila bini buat semua”

Amboiii.. banyak cantik? Ni geng2 isteri nak marah nih! Ape korang ingat korang beli hamba ke?? Huh! Istilah bayar yang digunakan tu pun dah bleh buat hati aku berdarah. Duit hantaran tu bukan utk beli isteri ok…. Kalau kat situ pun konsep korang dah terpesong alamat meranalah hidup bini korang nanti. Duit hantaran tu kan hadiah ikhlas untuk isteri yang sanggup untuk hidup bersama korang, berkongsi susah senang, sanggup nak jaga makan minum korang, sanggup nak lahirkan zuriat korang…. Bukan sebagai bayaran supaya nanti dia buleh jadi hamba korang untuk buat semua kerja rumah dan masak makan minum korang yer… sila ingat tu! Ni ustazah semanis kurma kalo tau dia pun marah! Hahaha…

Memang tak dinafikan lah, jaga makan minum, jaga pakaian and buat keje rumah tu by default jatuh atas batu jemala isteri, tapi itu bukan sepenuhnya tanggung jawab isteri… hidup berumah tangga ni kena lah kerjasama. Apa yang penting?? Kerjasama!! (wonderpets tu binatang pun tau!) especially kalau isteri pun sama-sama bekerja. Suami tak buleh la nak letak 100% kerja mengurus rumah tangga tu atas bahu isteri. Kalau isteri masak, ape salahnya suami tolong cuci pinggan… kalau isteri cuci baju, tak salah kalau sama2 sidai baju, sama lipat baju… kalau selalu isteri iron kan baju, ape la sangat kalau sekali sekala suami pulak ironkan baju isteri… kalau tong sampah dah penuh, apalah kiranya kalau suami tolong buangkan kat luar… kerja rumah yang berat2 macam mop rumah, bersihkan kipas siling yg kena panjat2 tu, suami lah yang buat… kalau isteri sibuk kat dapur, ape salahnya kalau suami tolong uruskan anak, mandikan ke.. tukar diaper ke… barulah harmoni hidup berumah tangga…

Bayangkan kalu isteri nak kena buat semua, tambah pulak isteri pun bekerja. Timbang rasalah sikit encik suami oi… kata sayang isteri??? Cuba letak diri korang sebagai isteri… sama2 keluar rumah awal pagi… balik dah lewat petang, sampai rumah kena pulak uruskan anak, kemudian nak masak, kemas dapur, kemas rumah, hidang makan minum, cuci pinggan mangkuk, cuci baju, jemur baju, iron baju, buang sampah… suami pulak request macam2… ambikkan itu.. nak ini… Itu macam kalu mesin pun meletup engine nya!

Suami kena ingat, isteri ni kaum hawa… kederat tak sekuat mana… tolong lah isteri tu… tak banyak sikit… sejuk hati isteri… bertambah sayang jadinya tau! Happy wife leads to happy life!

So, para suami sekalian, tunjukkan lah sayang anda pada isteri dgn tolong isteri buat kerja rumah. Korban kan sikit ego tu, tak jatuh maruah korang sebagai lelaki kalo tolong buat keje rumah… jangan risau. Makin tinggi sanjungan di hati isteri ada!

Kalau tak reti macam mana nak tolong isteri, meh belajar dengan hubby aku. Hehehe.. sesungguhnya hubby ku ini memang first class kalau bab tolong menolong isteri… Syukur alhamdulillah aku ada suami yang sangat2 rajin membantu… SAAYANG HUBBY!!

Friday, July 29, 2011

Persediaan untuk ramadhan dari prospek seorang bonda yang menyusukan...

cewah, tajuk entry ni... hehehe...
Bahang bulan puasa dah semakin terasa, maklumlah tinggal 2 hari jerr lagi. Dalam rasa seronok nak puasa tu hati aku nih dilanda kerisauan takut production susu terjejas. Semalam aku dah sembang pasal ni (sila lihat entry semalam).

Jadi, para ibu yang menyusukan, korang pun risau jugak tak?? ke tak kisah pun sebab korang konfiden? Hahaha.. aku nih tak konfiden sungguh, first time ler katakan… tapi kalo korang pun risau, apakah persediaan yang korang buat utk menghadapi bulan ramadhan ni utk make sure bekalan susu untuk anak kesayangan tak terjejas?

Hahaha… dah lama aku simpan kerisauan ni sorang2…Semalam aku cerita la kat hubby pasal ni, then kami sama2 memikirkan cara atau strategi macam mana nak menangani masalah tersebut (skema sungguh ayat aku- gara2 terlampau banyak buat surat and paperwork). So berikut adalah beberapa perancangan atau persediaan yang aku dan hubby dah fikirkan untuk sepanjang ramadhan ini yang buleh dikongsikan:

1. pertama sekali aku kena betulkan mind set negative aku yang mengatakan kalo tak makan production susu akan jadi sikit. Ok chip, sila betulkan mind set! Berpuasa tak semestinya akan merundumkan production susu. Fikiran mesti sentiasa positif dan optimist! Macam optimus prime kata hubby…

2. ikhtiar… aku kena makan multivitamin yang membantu banyakkan susu and tambah khasiat dalam susu yang diproducekan itu. So aku dah pun beli Shaklee set B utk breastfeeding mothers yang diwar-war kan kebagusannya itu. Tak tau lah bagus ke tak utk aku (yg penting ikhtiar) aku baru try makan beberapa hari. So far tak Nampak ape2 perubahan pun. (nanti bila dah Nampak kesan bleh aku buat review utk produk tu okeh!)

3. setiap hari menu harian bila berbuka dan bersahur mesti ada sayur2 penambah susu seperti lobak putih, pegaga (out of my list sbb aku tak reti nak makan daun nih) and… ape lagi hah?? Haha.. jadinye, setiap menu yang aku masak aku akan masukkan lobak putih. Tak kira lah, sayur campur ke… kari ke.. sup ke… sambal ke.. masak lemak cili api ke.. lobak putih mesti dicampur bersama! Hubby have to bare with it lah (sbb dia tak suke makan benda putih tu..) hehehe…

4. setiap hari buka puasa aku akan minum air longan sebab katanya longan juga buleh menambah production susu. Hahhaa.. sebenarnya air longan kan sedappp… so tak kisah la kalo minum hari2 pun… jadi nanti hubby kena belikan bekalan longan banyak2!! hehehe..

5. selain itu, walaupon bulan puasa aku akan minum air at least 3 liter setiap hari. So waktu malam tu hubby akan tolong make sure kan aku minum 3 botol air. (botol tu capacity dia 1 liter) hahaha.. mau terkencing2 aku nih! Eh, tak yah la sampai 3 liter kot… 2 liter cukup lah, kan dah minum air kaler2 masa buka… hahaha.. so 2 liter jer.. hehehe…

6. sebelum tido, segelas susu mamil mama adalah wajib! Nyum2.. sedap susu tu.. tiap2 malam pun aku minum susu, so walopon bulan puasa rutin ni mesti diteruskan. Tak de alasan utk tak minum walopon perut dah penuh sebab dah melantak masa buka puasa. Haha..


7. dan masa bersahur pun aku akan minum susu jugak. sahur itu adalah wajib, aku mesti bersahur dengan makan nasik atau makanan yang heavy. no lite sahur... setakat nestum, roti, cereal tak cukup!

8. pastikan aku lebih berdisiplin menuai mengikut waktu. Kalau selama ni aku asyik malas and cuma pam time kat opis 2 sesi sahaja, sepanjang bulan puasa ni jadual menuai aku akan diperketatkan iaitu sekali selepas sahur mesti pam, sangat wajib! Dan kat opis mesti menuai 3 sesi, pukul 8pg, pukul 11pg dan pukul 3 ptg. Pastu bila dah balik rumah direct feeding lah mcm biasa. Bulan pose ni aku plan nak masuk WP1. orang gomen paham la, kpd yang bukan gomen kalo nak tau, WP tu waktu peringkat. Kalo WP1 masuk opis 7.30 balik 4.30… WP2 masuk pukul 8 balik pukul 5 and skrang ni aku masuk WP3, 8.30 sampai 5.30…

9. last sekali selepas semua usaha dan ikhtiar tu, kami (aku ngan hubby lah)berdoa dan bertawakal supaya susu untuk raheel akan sentiasa cukup walaupon bonda berpuasa…. Aminnn…

jadi, itu sajalah yang difikirkan setakat ini… ada ape2 lagi yang buleh ditambah tak??? kot2 la Korang ada strategi lain… habaq mai la kat chekkk…
selamat berpuasa dan selamat meneruskan penyusuan kepada semua ibu2 yang menyusukan…

hehehe…semoga semuanya dipermudahkan untuk kita….

Thursday, July 28, 2011

puasa menjelang, kerisauan datang.... jeng jeng jeng!

Bulan puasa dah hampir menjelang, so what?? Bulan puasa, puasa lah… ape masalahnyer? Ahaha.. ekceli tak de la masalah nyer pun, Cuma aku ni dilanda kerisauan ler pulak… Raheel kan masih menyusu, risow la kot2 production susu tak cukup nak menampung keperluan dia yang sgt kuat minum skrg nih.

Kalo korang nak tau, aku ni sangatlah kuat makan orangnya. Pagi sebelum p keje mesti minum milo + nestum, then sampai opis mesti pekena heavy breakfast cam sik lemak ke… sik goreng ke… mihun ke.. roti telur ke.. ape2 je la yg mengenyangkan. Kalo tak memanglah perut ku ini menyanyi2 lagu rock! Hehehe…

Then time lunch itu wajib makan! Biasanya aku akan makan nasi, jarang makan selain nasik. Portion makan aku plak bukan sikit2. kalo sikit memanglah aku tak kenyang. After lunch aku mesti beli roti untuk dibawa bekalan ke opis supaya aku buleh makan2 di waktu petang dalam pkl 4 lebey tu. Kalo petang aku tak minum sampai pukul 6 gitu perut aku akan start pedih2…

Lepas tu, dinner pun aku sapu jugak dgn portion yang banyak jugak. Biasanya makan nasik. Then time pkl 10 ke 11 malam tu aku minum susu plak. Kekadang siap makan roti bersama susu. Seram kalo aku memikirkan rutin pemakanan aku. Pernah aku try skip makan, perut lapar tu tak kisah la, tapi yang tak bestnyer production susu aku plak menyusut. Terus aku tak buat dah! Makan… makan… makan.. hoho~ Ibu2 lain yang menysusukan makan byk mcm aku tak agaknya?? ke aku sorang jer yang bernafsu besar?? hahaha!!

Ni nak puasa ni ntah macam mana agaknya? Perut lapar tu dah biasa, memang sejak kecik dah terlatih utk puasa. Tapi production susu camne?? And then satu hari aku minum bergelen2. kalo kat opis at least 2liter air kosong akan abis diminum. Kat rumah minum lagi… tu pun susu aku skrg ni dah tak semeriah mana.. bulan posa nanti??? Wahh.. risaunyer.. dah ler stok susu utk Raheel dah agak menyusut sbb lately ni permintaan melebihi bekalan! Haha.. bagaimana ini??? pusing kepala pusing~~

Wednesday, July 27, 2011

setelah hampir 2 bulan! akhirnya...

. ...aku update blog! ahaha.. lamanyer aku tak mengepost ape2 entry, harini terpanggil plak nak mengepos... semua gara-gara kepenatan lepas 3 hari berturut-turut outstation. (keje luar dari opis tu kira outstation la jugak kan?) hehehe... so, masuk opis jap sementara nak nunggu waktu buleh balik tu, aku pon menulis isi hati kat sini.. (terang terangan aku mengaku buat salah laku berblog diwaktu pejabat!) hehehe... alaaa.. tinggal stengah jam jer pun.. dah bleh cover ngan hari2 yang aku slalu keje extra hour tuhh.. (buleh ke camtu?) hehehe...

so, sepanjang ketidakngeposan ape2 entry ku disini banyak or sgt banyak perkara2 menarik dan menolak yang heppening yang tak dapat aku share kan. hahaha.. padan muka! sape suruh aku malas, kan?? so aku ingat nak share lah dlm entry kali ni, tapi... sebab aku ade dlm stengah jam ajer nak mengarang, so lain kali jer lah... ehehehe.. (ntah hape2 jer..) so, untuk kali ni memandangkan ini minggu terakhir sebelum ramadhan aku mengambik kesempatan untuk ucapkan "AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN" dan semalat berpuasa kepada semua geng-geng ku yang beragama Islam... puasa tau, jgn tak puasa!!! sama-samalah kita mengumpul banyak2 pahala dlm bulan yang mulia ni... (maklumlah nak cover dosa2 yang banyak tak terkiranya itu yang telah di terbuatnya itu..) hehehe... ape yang penting?? bukan kerjasama... tapi kaf, ba, ro, kaf, alif, ta, nun... keberkatan...

alamak! teringat bulan ramadhan ni tetiba nak termasuk mode sedih plak! ishk. ishk.. teringat kat imik... ishkk.. tak mo lah... tak leh sambung citer pasal ramadhan. air mata dah start bergenang dah ni! tahun ni first time berpuasa tanpa imik.. (T_T) ishk.. ishk.. serius.. tak leh nak continue, kang pelik plak opis mate aku tgk aku menaip sambil tersedu-sedu... kisah tu kita citer lain kali bila aku dah bersedia.

ok lah, sampai sini jerr...

SELAMAT BERPUASA....

yeay! pesta makanan akan bermula! let the fesat begin!!

Thursday, June 9, 2011

leganya hati~

Hari ni opah Raheel sangat hepi. Mana taknya, lepas 3 bulan dia struggling everytime nak feed raheel susu, finally raheel pandai and terima jugak isap susu dari botol… all this while every time menyusu raheel mesti nangis meraung2 and tak mo minum. Sampai opah terpaksa guna syringe utk habiskan susu tu…struggle habis!

tapi sejak raheel baik dari demam baru2 ni, raheel isap botol dgn jayanya… ahhaha… lega bonda mendengarnya…kalo bonda lega, opah lagi lega sbb dia yg mengadap raheel hari2 time nak menyusu!

Sungguh excited dan berseri2 muka opah tadi bila cerita pasal achievement raheel tu. Selalu raheel minum 3 botol ajer (4oz per bottle), esok opah minta 5 botol! Nampaknyer bonda kena menggandakan usaha utk meningkatkan production supaya boleh memenuhi demand yang tinggi itu…

Terima kasih opah sebab tak give up… teruskan jugak bagi raheel susu bonda walopon bersusah payah. Sepatutnya semua babysitter kena ada semangat mcm opah raheel ni..

usaha tangga kejayaan!! Hehehe...

Wednesday, June 8, 2011

(it's not about the money) vs (it's all about the money)

Ishh ishh… dalam kepala aku nih asyik menyanyi2 jessie J

“It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain't about the ching ching ching ching…”
on and on and on…

Ahaa.. then aku terfikir… yo lah, zaman sekarang nih semua pon about the money… show me the money… no money no talk!

Korang caya tak dgn statement duit tak boleh beli kebahagiaan??
Aku yg mata duitan nih kata tak caya… hehehe…
Pada aku memang duit tak boleh beli kebahagiaan, tapi kita perlukan duit utk beri kebahagiaan pada seseorang.

Tak dapat aku bayangkan betapa dull nyer hidup ni tanpa duit… atau pun bila duit tu cukup2 utk hidup dgn benda2 asas ajer…
Sebab ape tau?? Sebab…

Tanpa duit, maka tak de special dinner kat luar
Tanpa duit, tak dpt lah nak beli hadiah utk isteri or utk suami or utk anak2
Tanpa duit, maka tak dpt la nak celebrate birthday, anniversary or ape2 jelah
Tanpa duit, suami pun jadik tak romantic! camane suami nak surprise bagi bunga kat isteri? Takkan nak petik kat taman awam plak kan??
Tanpa duit, maka tak de lah family trip… tak de lah jalan2 makan angin…
Tanpa duit, tak leh la nak shopping2…
Tanpa duit, maka tak de lah itu, ini dan lain2 lagi…

Haha.. kan ke yg aku senaraikan tu antara sumber2 atau resepi utk bahagia tuh… Banyak aku baca article2 pasal mengekalkan kebahagiaan suami isteri and anak2 yg sebut pasal hadiah, family trip, celebrate hari istimewa and mcm2 lagi lah..
Memang ler benda2 tuh tak menjamin kebahagiaan, tapi benda2 buleh eratkan hubungan and bwk bahagia tuhhh… jgn tak tahu, banyak tau rumah tangga yang dilanda masalah berpunca dari duit!! ishh ishh...
Hahaha… so, kepada wanita2 di luar sana yang masih mencari pasangan, kalau anda rasa anda mata duitan, sila cari calon suami yg byk duitnya… tapi ingat, jgn cinta pd duitnya saja…

Pada yang rasa dia tak mata duitan, cari lah suami yg stabil dari segi ekonominya. Masa bercinta tak yah makan pon kenyang… tapi bila dah kawin sendiri mau ingat la… hehehe..

pada yg dah kawin terima lah suami anda sedanya yerr… duit boleh dicari… tapi bahagia tak boleh di beli… ok…

haha.. ilham menulis entry kali ni dtg dari lagu yg berputar2 dlm kepala ku ini…

Thursday, June 2, 2011

Budak Gusi demam... ciann...

Raheel demam sejak smalam... opah kata badan raheel start panas sejak pukul 12tghr, tapi opah tak call bonda sbb raheel tak meragam... opah just letak kain lembab jer nak sejukkan kepala raheel yg panas tu...

ciann tengok muka demam dia tu..
petang tu balik rumah bonda terus bagi raheel makan ubat demam and tampal cool fever kat kepala...



malam tu Raheel ok, panas badan dah reda. tapi pukul 4 pagi badan Raheel panas balik. keciannn merengek2 dia dlm mata pejam tu. bonda bagi ubat lagi and letak cool fever yg baru.

pagi tadi masa antar Raheel kat umah opah sedeyyy aje muka raheel tu... and hari ni bonda masuk opis half day jerr sbb opah call bagitau Raheel asyik nangiss... badan panas... keciannn Raheel...

kat umah Raheel baring jerr... tak ligat jadi Raheel the explorer mcm selalu.. cian nyerr dia...

muka budak demam..

ciann... tak larat nak jadik raheel the explorer mcm selalu...

demam tapi tetap cute kan??

Raheel demam sebab nak pandai yerr... nak pandai merangkak ke nak tumbuh gigi ni?? mane dulu???

Semoga Raheel get well soon... tak sampai hati tengok dia camtu...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...