Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 9, 2009

RINDU yang belum tiba....

Hari ni hati aku terasa sayu jerr… semua gara-gara time aku balik keje tadi Hubby dah xde kat umah..(uuppss… dia bkn p mane pon.. dia p keje..) Bila aku bukak pintu rumah, SUNYI(amik color buruk sbb perasaan sunyi tu x best) selalu pon aku sampai rumah lebih dulu dari Hubby, tapi tak de plak rasa camni. May be sbb kali ni Hubby lambat lagi baru balik.. + masa Hubby pi keje tadi aku kat opis, tak dapat babai2 mcm selalu…(mungkin inilah puncanya) SAYU (warne buruk jugak).. rasa nak meleleh air mata.. Tiba-tiba hati aku diserang RINDU (color cantek sket sbb kadang2 rindu tu best jgk) yang amat sangat pada Hubby… mungkin ada yg nak kata "ciss!! Mengada! Duduk serumah pon nak rindu2.." (buruk sangka jerr aku ni. Niway, suke hati aku arr nk rindu…) hahaha!!

Time time camni la aku membayangkan macam mana perasaan kawan2 aku yang dok jauh dari Hubby dierang… bak kate sorang member aku “airmata dah jadi makanan ruji..” hwm.. macam mana la kalo aku kt tempat dia… baru few months kawen dah dok berjauhan. Cukup tabah ke aku?? Aku ni, baru kena pegi outstation dua tiga hari pun dah menggelupur menahan rindu, ini pulak pegi bertahun2… thousand miles away plak tu… Alangkan masa bekerja pon aku rasa rindu kat Hubby..(heheh.. kekadang la.. bila dtg mengada tuh..) . ..inikan pulak… ishhh.. tak terbayang….

Perasaan RINDU ni la yang buat aku paling takut nak menghadapi DPA nanti. (DPA= Diploma Pengurusan Awam. Course wajib utk aku confirm keje. Org yg masuk skim PTD jerr yang kena pegi. (PTD = Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik))-berapa byk (..) da.. Enam bulan plak tuh!! Senior2 ckp bukan senang nak dapat peluang balik umah. Masa mmg sangat pack. Semua komen2 yg –ve je yg aku dgr… hadoii.. 6 months away from Hubby.. (color yg sgt buruk sbb benda ni mst sgt tak best!) dah la masa course tu asyik kena torture, (komen –ve dari senior lagi) mana nak mehanan preasure, mana nak menahan rindu lagi…. Cukup tabah ke aku??? Nasib baek la aku tak de baby lagi. Kalo tidak mesti berdouble double rindu aku. Rindu kat Hubby… rindu kat Baby… belom pegi DPA pon tempias tempias rindu tu aku dah terasa, inikan pulak bila dah pegi nanti…… rasa nak nangis bila aku memikirkannya.. DPA is just 2 months away.... ishkk.. ishkk.. semoga aku tabah!!


Cepatlah abis DPA supaya rasa rindu yang belum tiba ni cepat berlalu………
(blom strart dah tak sabar nak tunggu habis.. haha..)

hwm.. tak tau nak masukkn gambar ape utk entry kali ni...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...