Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label susu bonda. Show all posts
Showing posts with label susu bonda. Show all posts

Friday, February 10, 2012

pertama kali ber'power pumping'

1st time ak buat Power pumping setelah setahun 2 bulan berkecimpung dalam dunia penyusuan. Hari ni dlm sejarah, dengan selamba aku membuat power pumping kat opis. Yeahh. Thank you la medela freestyle, aku bleh buat power pumping tanpa mengganggu rutin kerja aku kat opis nih.

Actually dah lama aku nak buat power pumping ni, tapi asyik malas jer.. dah tu pulak pump tak ikut time. Ikut suka hati aku jer bila sempat. Ishh ishhh… lately ni penghasilan susu aku sgt2 merundum. Padan muka aku sbb malas sgt nak pump, bila stok susu dlm freezer tinggal kurang 10 botol baru nak panic! So, hari ni aku insaf, and buat power pumping selama satu jam. 10 menet pump, 10 menet rest, 10 menet pump, 10 menet rest, on and on sampai 1 jam. Semoga dgn usaha ni penghasilan tenusu aku akan meriah semula.

3oz jerr... and cair sket sbb lupe nak mkn supliment..
Sedeh bila tgk hasil power pumping aku pon Cuma 3 oz jer dah campur both side.. ishh ishh.. tak pe chip, jgn panic, ganda kan usaha. Ada lagi 9 bulan untuk raheel genap 2 tahun! Chaiyyok!!


Friday, July 29, 2011

Persediaan untuk ramadhan dari prospek seorang bonda yang menyusukan...

cewah, tajuk entry ni... hehehe...
Bahang bulan puasa dah semakin terasa, maklumlah tinggal 2 hari jerr lagi. Dalam rasa seronok nak puasa tu hati aku nih dilanda kerisauan takut production susu terjejas. Semalam aku dah sembang pasal ni (sila lihat entry semalam).

Jadi, para ibu yang menyusukan, korang pun risau jugak tak?? ke tak kisah pun sebab korang konfiden? Hahaha.. aku nih tak konfiden sungguh, first time ler katakan… tapi kalo korang pun risau, apakah persediaan yang korang buat utk menghadapi bulan ramadhan ni utk make sure bekalan susu untuk anak kesayangan tak terjejas?

Hahaha… dah lama aku simpan kerisauan ni sorang2…Semalam aku cerita la kat hubby pasal ni, then kami sama2 memikirkan cara atau strategi macam mana nak menangani masalah tersebut (skema sungguh ayat aku- gara2 terlampau banyak buat surat and paperwork). So berikut adalah beberapa perancangan atau persediaan yang aku dan hubby dah fikirkan untuk sepanjang ramadhan ini yang buleh dikongsikan:

1. pertama sekali aku kena betulkan mind set negative aku yang mengatakan kalo tak makan production susu akan jadi sikit. Ok chip, sila betulkan mind set! Berpuasa tak semestinya akan merundumkan production susu. Fikiran mesti sentiasa positif dan optimist! Macam optimus prime kata hubby…

2. ikhtiar… aku kena makan multivitamin yang membantu banyakkan susu and tambah khasiat dalam susu yang diproducekan itu. So aku dah pun beli Shaklee set B utk breastfeeding mothers yang diwar-war kan kebagusannya itu. Tak tau lah bagus ke tak utk aku (yg penting ikhtiar) aku baru try makan beberapa hari. So far tak Nampak ape2 perubahan pun. (nanti bila dah Nampak kesan bleh aku buat review utk produk tu okeh!)

3. setiap hari menu harian bila berbuka dan bersahur mesti ada sayur2 penambah susu seperti lobak putih, pegaga (out of my list sbb aku tak reti nak makan daun nih) and… ape lagi hah?? Haha.. jadinye, setiap menu yang aku masak aku akan masukkan lobak putih. Tak kira lah, sayur campur ke… kari ke.. sup ke… sambal ke.. masak lemak cili api ke.. lobak putih mesti dicampur bersama! Hubby have to bare with it lah (sbb dia tak suke makan benda putih tu..) hehehe…

4. setiap hari buka puasa aku akan minum air longan sebab katanya longan juga buleh menambah production susu. Hahhaa.. sebenarnya air longan kan sedappp… so tak kisah la kalo minum hari2 pun… jadi nanti hubby kena belikan bekalan longan banyak2!! hehehe..

5. selain itu, walaupon bulan puasa aku akan minum air at least 3 liter setiap hari. So waktu malam tu hubby akan tolong make sure kan aku minum 3 botol air. (botol tu capacity dia 1 liter) hahaha.. mau terkencing2 aku nih! Eh, tak yah la sampai 3 liter kot… 2 liter cukup lah, kan dah minum air kaler2 masa buka… hahaha.. so 2 liter jer.. hehehe…

6. sebelum tido, segelas susu mamil mama adalah wajib! Nyum2.. sedap susu tu.. tiap2 malam pun aku minum susu, so walopon bulan puasa rutin ni mesti diteruskan. Tak de alasan utk tak minum walopon perut dah penuh sebab dah melantak masa buka puasa. Haha..


7. dan masa bersahur pun aku akan minum susu jugak. sahur itu adalah wajib, aku mesti bersahur dengan makan nasik atau makanan yang heavy. no lite sahur... setakat nestum, roti, cereal tak cukup!

8. pastikan aku lebih berdisiplin menuai mengikut waktu. Kalau selama ni aku asyik malas and cuma pam time kat opis 2 sesi sahaja, sepanjang bulan puasa ni jadual menuai aku akan diperketatkan iaitu sekali selepas sahur mesti pam, sangat wajib! Dan kat opis mesti menuai 3 sesi, pukul 8pg, pukul 11pg dan pukul 3 ptg. Pastu bila dah balik rumah direct feeding lah mcm biasa. Bulan pose ni aku plan nak masuk WP1. orang gomen paham la, kpd yang bukan gomen kalo nak tau, WP tu waktu peringkat. Kalo WP1 masuk opis 7.30 balik 4.30… WP2 masuk pukul 8 balik pukul 5 and skrang ni aku masuk WP3, 8.30 sampai 5.30…

9. last sekali selepas semua usaha dan ikhtiar tu, kami (aku ngan hubby lah)berdoa dan bertawakal supaya susu untuk raheel akan sentiasa cukup walaupon bonda berpuasa…. Aminnn…

jadi, itu sajalah yang difikirkan setakat ini… ada ape2 lagi yang buleh ditambah tak??? kot2 la Korang ada strategi lain… habaq mai la kat chekkk…
selamat berpuasa dan selamat meneruskan penyusuan kepada semua ibu2 yang menyusukan…

hehehe…semoga semuanya dipermudahkan untuk kita….

Thursday, July 28, 2011

puasa menjelang, kerisauan datang.... jeng jeng jeng!

Bulan puasa dah hampir menjelang, so what?? Bulan puasa, puasa lah… ape masalahnyer? Ahaha.. ekceli tak de la masalah nyer pun, Cuma aku ni dilanda kerisauan ler pulak… Raheel kan masih menyusu, risow la kot2 production susu tak cukup nak menampung keperluan dia yang sgt kuat minum skrg nih.

Kalo korang nak tau, aku ni sangatlah kuat makan orangnya. Pagi sebelum p keje mesti minum milo + nestum, then sampai opis mesti pekena heavy breakfast cam sik lemak ke… sik goreng ke… mihun ke.. roti telur ke.. ape2 je la yg mengenyangkan. Kalo tak memanglah perut ku ini menyanyi2 lagu rock! Hehehe…

Then time lunch itu wajib makan! Biasanya aku akan makan nasi, jarang makan selain nasik. Portion makan aku plak bukan sikit2. kalo sikit memanglah aku tak kenyang. After lunch aku mesti beli roti untuk dibawa bekalan ke opis supaya aku buleh makan2 di waktu petang dalam pkl 4 lebey tu. Kalo petang aku tak minum sampai pukul 6 gitu perut aku akan start pedih2…

Lepas tu, dinner pun aku sapu jugak dgn portion yang banyak jugak. Biasanya makan nasik. Then time pkl 10 ke 11 malam tu aku minum susu plak. Kekadang siap makan roti bersama susu. Seram kalo aku memikirkan rutin pemakanan aku. Pernah aku try skip makan, perut lapar tu tak kisah la, tapi yang tak bestnyer production susu aku plak menyusut. Terus aku tak buat dah! Makan… makan… makan.. hoho~ Ibu2 lain yang menysusukan makan byk mcm aku tak agaknya?? ke aku sorang jer yang bernafsu besar?? hahaha!!

Ni nak puasa ni ntah macam mana agaknya? Perut lapar tu dah biasa, memang sejak kecik dah terlatih utk puasa. Tapi production susu camne?? And then satu hari aku minum bergelen2. kalo kat opis at least 2liter air kosong akan abis diminum. Kat rumah minum lagi… tu pun susu aku skrg ni dah tak semeriah mana.. bulan posa nanti??? Wahh.. risaunyer.. dah ler stok susu utk Raheel dah agak menyusut sbb lately ni permintaan melebihi bekalan! Haha.. bagaimana ini??? pusing kepala pusing~~

Thursday, June 9, 2011

leganya hati~

Hari ni opah Raheel sangat hepi. Mana taknya, lepas 3 bulan dia struggling everytime nak feed raheel susu, finally raheel pandai and terima jugak isap susu dari botol… all this while every time menyusu raheel mesti nangis meraung2 and tak mo minum. Sampai opah terpaksa guna syringe utk habiskan susu tu…struggle habis!

tapi sejak raheel baik dari demam baru2 ni, raheel isap botol dgn jayanya… ahhaha… lega bonda mendengarnya…kalo bonda lega, opah lagi lega sbb dia yg mengadap raheel hari2 time nak menyusu!

Sungguh excited dan berseri2 muka opah tadi bila cerita pasal achievement raheel tu. Selalu raheel minum 3 botol ajer (4oz per bottle), esok opah minta 5 botol! Nampaknyer bonda kena menggandakan usaha utk meningkatkan production supaya boleh memenuhi demand yang tinggi itu…

Terima kasih opah sebab tak give up… teruskan jugak bagi raheel susu bonda walopon bersusah payah. Sepatutnya semua babysitter kena ada semangat mcm opah raheel ni..

usaha tangga kejayaan!! Hehehe...

Tuesday, May 31, 2011

production hasil tenusu merundum, atau????

Entah kenapa… lately production tenusu aku merundum.. =( adakah sebab Raheel dah 6 bulan and dah buleh makan solid food maka secara automatically nya kilang tenusu tu macam tetau jerr dia pon mengurangkan production nyer?? Hwmm… raheel makan pon 1 meal jer.. mana aci...

Tetiap hari bila menuai hasil tenusu kat opis aku akan log dlm rekod book aku. Biasanya utk sesi pertama dlm pkl 10pg aku akan dpt around 7.5oz to 9.0oz, and sesi kedua dlm pkl 3pm dpt lagi around 7.0oz to 8.5oz. so total sehari biasanya akan dpt 17oz dan lebih. tapi semenjak dua menjadi ni cuma dpt around 7.0oz to 8.0 oz jer utk sesi pagi and 6.0oz ke 7.0oz utk sesi petang. And jumlah sehari cuma around 14oz to 15oz ajerr… hari ni paling skit… Cuma 5.5 oz ajerr belah pagi.. petang pulak 7.0oz, so total 12.5oz JERR??

Aku try track balik ape agaknyer yg menyebabkan kemerunduman hasil tenusu ku ini… sebab aku period kah?? Tapi bulan2 lepas ok ajer… sbb tension kah?? Hwmm.. tak jugakk… mungkin sbb gangguan emosi aku bersedih sbb kehilangan imik..(part kehilangan imik ni aku belum buleh nak cerita lagi..) tapi mungkin kah?? Atau sebab ada beberapa hari dlm minggu lepas aku skip meal??

Mulai hari ni aku akan makan lagi byk2 sayur especially lobak putih… kasi up balik production. Atau perlukah power pumping?? Atau perlukah amik supplement milk booster?? atau?? byk nyer atau...

Atau… jumlah hasil tenusu yg aku dapat skrg ni masih banyak and kuantiti tu sebenarnya normal??? Hahhaa… byk betol persoalan aku nih… ape pon aku harap production tenusu aku akan maintain ada sampai hajat aku nak exclusively BF Raheel sampai at least 2 tahun tercapai… aminnnn!

Thursday, April 21, 2011

sudah sebulan menuai hasil tenusu

It’s been a month since I started working after my maternity leave… and so far Alhamdulillah I still manage to exclusively breast feed (BF) Raheel. At the beginning I felt a bit worried with the fact that I have to spend time to menuai hasil tenusu during working but somehow I’m able to curik-curik masa to do so. So far ok la coz I wasn’t very busy and thank god that I’m using double pump, expressing time cut into half. I only need to spend about half an hour for each session to menuai hasil tenusu including preparation and cleaning the utensils.

My schedule to masuk ladang tenusu is around 10 am to 11am and 3pm to 4pm. twice a day. Enough la tu… by the book suppose to pump every 3 hours but tak larat chek nak ikut tuh. Hopefully twice a day tu sufficient la to make sure the milk supply continuously available. Up until now Alhamdulillah, milk supply still very good. I manage to get around 16oz to 18oz per day. More than enough for Raheel coz Raheel drinks 3 times about 4oz each, so around 12oz jer per day but I provide his opah (babysitter, raheel call her opah) 16oz in case the milk accidently spill ke.. ape ke…

As a working bonda, I can say that giving exclusive BF is undeniably very challenging and it demand extra effort, ye la... besides have to menuai hasil tenusu at the office, there are few more extra work that I have to do. I have to wake up earlier in the morning to pack milk in cooling bag and spend at least 15 minutes to feed Raheel directly before sending him to opah’s. At the office I have to wash the pumping equipment every time after menuai then I record total of hasil tuaian in a note book so that I can observe the quantity and aware if the hasil tuain is decreasing. Arrive at home, the first thing I do is keep hasil tuaian in the fridge. Then I go fetch Raheel at opah’s. the first thing I do when Raheel’s home is to direct feed him! Then I have to wash and disinfect the feeding bottles and milk container. I also need to measure and divide the hasil tuaian accordingly then label it and keep it in fridge for next day use and the rest I keep in freezer. And not to forget to transfer frozen milk from freezer to fridge so that it will thaw for next day use. There are plenty of rules that I have to follow in handling EBM (expressed breast milk = hasil tuaian). It is time consuming and sometimes tiring. But it’s worth it. Trust me! If a working mother can do, I don’t see any reason why non-working mother can’t.

I always pray that I manage to exclusively BF Raheel at least until he is two… amin… it’s a long way to go….. Raheel baru 5 months…

Friday, March 4, 2011

semangat membara!

semangat aku nak meneruskan penyusuan susu bonda pada raheel walopon dah start keje nanti semakin membara bara! apetah lagi skarang nih aku dah memiliki medela free style!!

hahaha... breast pump yang diidam-idamkan! thank u hubby sebab support isteri nak beli walopon hubby dah hadiahkan avent manual pump out and about set. manual pump tu bukan tak best.. avent punyer manual pump tu mmg best and sgt comfortable bila gune. tapi sbb manual and kena buat one by one, sedikit time consuming la... aku memikirkan bila dah keje nanti.. double pump bleh cut expressing time, then free style plak tuh! sambil wat keje pon bleh pump. hehehe.. bleh ke? secara teori patutnya boleh.. practical blom try lagi. hehehe!!

selain medela fs, aku pon dah ada freezer utk mudahkan simpan stok susu. so skrg nih aku tgh giat buat stok. ada lagi 20 hari before aku start keje.. hopefully byk lah production susu ku ini... bekas2 menyimpan susu moms preciuos pon dah ada byk! yeahhh... teruskan usaha chip!

sekarang ni aku memikirkan kaedah terbaik utk aku bekalkan susu pd babysitter raheel dgn cara yg plg convenient kan dia...  adakah nak masuk dlm cooler bag? xyah kaco fridge dia.. atau camne? then nk biar susu dlm bekas mom precious tu ke or nak transfer siap2 dlm botol susu? hwmm.. camne cara terbaek agaknye ek? nk kena diskusi ngan opah (babysitter) raheel nih..

 . .. and hopefully raheel tak de problem lah utk susu dari botol. sblom ni dah penah try and dia minum gak. walopon tak brape pandai isap puting botol tu lama2 susu dlm botol tu abis gak! all the best raheel!

Monday, December 20, 2010

hasrat murni seorang bonda

Aku ni menyimpan niat yang sangat murni iaitu nak bagi susu ibu secara ekslusif pada Raheel walopon dah masuk keje nanti. Tapi banyak betol lahhh kemusyikilan dalam pale hotak aku nih. Satu lagi tahap kekonfidenan tu agak rendah la utk menjayakan hasrat murni nih. Salah satu sebabnya ialah kekurangan knowledge! Hah!! Seb baek aku sedar diri aku nih kurang knowledge! So ape lagi? Carik arr knowledge tuh chip oiiii!!

Yer yerr… aku sedang giat mengumpul info utk menjayakan hasrat aku nih. Walopon lambat lagi nak masuk keje, tapi preparation awal kena ada, ye tak??

Perkara pertama yang aku nak belajar ialah camne nak simpan stok susu… hehhee.. eksyen sket sbb la ni susu aku dah macam banyak! So bila dah pump tu nak tau la cane nak simpan, bekas ape?? Simpan camana? Berapa lama?? Bape oz nak simpan utk satu bekas tu? Pastu perlu sgt ke nk sterile semua benda tu everytime nak perah susu??

Pastu bila dah simpan nak kena belajar camne nak panaskan. Berapa suhu. Kalo pakai warmer tu orait ke? Warmer jenis ape yg ok and fit utk semua jenis botol susu?? (aku gune botol susu Avent – warmer avent mahal larr..)

Hahaha.. cetek betol ilmu pengetahuan aku nih, ni nak kena belajar dgn member2 yang dah berjaya bagi susu ekslusif pd anak nih… nak baca forum punyelah malas… berguru jer senang. Hihih… help… help… (fara ziana ko bleh tolong kottt?? hihihi)


sape mau??

Pastu la ni aku cam nyesal sbb beli breast pump manual… hari tu nak beli yg letrik/ battery tak de stok. Last2 dah malas nak nunggu beli yg manual… dah manual rasa malas lak nak pump. Konon lenguh arr… hohoho.. adakah aku patut beli yg TAK manual lak lepas ni?? Uhh pembaziran plak rasanyer… lain la kalo bleh jual yg manual tu kan?? hwmm.. dilemma.. dilemma… ade sesape nak beli Philips Avent manual Breast pump?? Baru 2 3 kali gune.. harga boleh runding. hihihihi…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...