Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 20, 2010

hasrat murni seorang bonda

Aku ni menyimpan niat yang sangat murni iaitu nak bagi susu ibu secara ekslusif pada Raheel walopon dah masuk keje nanti. Tapi banyak betol lahhh kemusyikilan dalam pale hotak aku nih. Satu lagi tahap kekonfidenan tu agak rendah la utk menjayakan hasrat murni nih. Salah satu sebabnya ialah kekurangan knowledge! Hah!! Seb baek aku sedar diri aku nih kurang knowledge! So ape lagi? Carik arr knowledge tuh chip oiiii!!

Yer yerr… aku sedang giat mengumpul info utk menjayakan hasrat aku nih. Walopon lambat lagi nak masuk keje, tapi preparation awal kena ada, ye tak??

Perkara pertama yang aku nak belajar ialah camne nak simpan stok susu… hehhee.. eksyen sket sbb la ni susu aku dah macam banyak! So bila dah pump tu nak tau la cane nak simpan, bekas ape?? Simpan camana? Berapa lama?? Bape oz nak simpan utk satu bekas tu? Pastu perlu sgt ke nk sterile semua benda tu everytime nak perah susu??

Pastu bila dah simpan nak kena belajar camne nak panaskan. Berapa suhu. Kalo pakai warmer tu orait ke? Warmer jenis ape yg ok and fit utk semua jenis botol susu?? (aku gune botol susu Avent – warmer avent mahal larr..)

Hahaha.. cetek betol ilmu pengetahuan aku nih, ni nak kena belajar dgn member2 yang dah berjaya bagi susu ekslusif pd anak nih… nak baca forum punyelah malas… berguru jer senang. Hihih… help… help… (fara ziana ko bleh tolong kottt?? hihihi)


sape mau??

Pastu la ni aku cam nyesal sbb beli breast pump manual… hari tu nak beli yg letrik/ battery tak de stok. Last2 dah malas nak nunggu beli yg manual… dah manual rasa malas lak nak pump. Konon lenguh arr… hohoho.. adakah aku patut beli yg TAK manual lak lepas ni?? Uhh pembaziran plak rasanyer… lain la kalo bleh jual yg manual tu kan?? hwmm.. dilemma.. dilemma… ade sesape nak beli Philips Avent manual Breast pump?? Baru 2 3 kali gune.. harga boleh runding. hihihihi…

3 comments:

  1. baru nk suggest bace forum kat susuibu.com. aku pun jenis malas gak chip.. tp demi anakku yg comel, kuulang2 bace forum tu & wat notes psl pengepaman & penyimpanan susu ibu (cewwah perkataan aku tu). ade ex-opismate aku penah wat notes gak kat blog dia psl tips2 susu ibu ni. bole refer blog dia. dia mmg seorang ibu yg berjaya menyusu secara eksklusif [http://sereniety.blogspot.com].

    kalo rasa nk advise dr lactation councellor, ko pi lar wat appoinment ngan MLO. ade kedai online or pegi kedai dia sendiri kat branch bdr putra permai tu. sales assistant kat situ bole terangkan ape yg ko nk tau ;)

    ko dah berniat tu, mmg langkah awal yg penting. insya-Allah Dia akan kuatkan semangat ko yg murni tu. u go chip!

    ReplyDelete
  2. sila refer semua post pasal breastfeeding aku kat sini.

    http://mylildreamz.blogspot.com/search/label/Breastfeeding

    Cabaran tahap pertama ko dah berjaya iaitu menyimpan stok susu..tahniah!

    Cabaran tahap kedua ,mengepam di opis plak nanti dan cara2 menyimpan semua tu ko memang kena belajar.

    EBM takleh di panaskan guna air panas.kalau takde warmer,rendam botol dalam air suam..bbsitter aku biasanye die letakkan susu yang dah beku tu kat dalam peti ais (bukan yg freezer tu)untuk cairkan..bila time anak aku melalak nak susu baru die rendam air suam..so takdela tunggu lama.

    Susu beku boleh tahan paling lama 3 bulan.so silala buat stok banyak2 time pantang yer.

    aku ade buku panduan macam mane nak handle ebm tu semua.bagi email address.nanti aku send.

    apapehal ko nak tanye sms/call je.anytime boleh membantu.

    ReplyDelete
  3. tima kaseh cik daisy and fara.. huhu.. tambah berkobar-kobar semangat aku nih! yeahhh!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...