Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label my 2 cents. Show all posts
Showing posts with label my 2 cents. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Romantic vs Macho…

. ...antara dua tu mana korang pilih? Suami yang macho ke atau suami yang romantik? Hahaha... aku tanpa ragu2 lagi pilih suami romantik!

Bagi aku suami romantik membawa lebih kebahagiaan berbanding suami macho. Macho jer nak buat hape kalo tak pandai amik hati isteri?? Hehehe… sape yang tak mau suami yang selalu luahkan rasa cinta pada isteri? Yang tak segan tunjuk kasih sayang pada isteri walopon depan kawan2 atau depan orang ramai… orang yg control macho nak ke cium tangan isteri or kiss dahi isteri depan orang?? Hoh! Jangan harap lah kan? Hilang arr macho… hahaha..

pada aku orang macho ni ego nya tinggi.. susah nak tunjuk sayang dia pada isteri especially depan public. memanjang nak jaga kemachoan dia! dan aku rasa orang yang kuat control macho ni sebenarnya suka nak tarik perhatian orang - pada perempuan dia nak bagi nampak macam cool dan pada kaum sejenis nak bagi nampak hebat supaya dierang respect, konon tak kalah pada wanita. KONON.. .Hahaha.. tak tau la betul ke tak, tapi itu pandangan peribadi aku la... sesape yang perasan macho tu, jgn marah ek... heheh!


::relevant ke gambar ni?? hihi..::

Aku rasa majoroti isteri mengimpikan suami yang romantik. Suami yang sanggup set suprise candle light dinner utk isteri (masak sendiri plak tuh), suami yang hantar bunga ke opis isteri time anniversarry or birthday or saje2 hantar walopon takde ape2 occasion. Suami yang selalu beri hadiah pada isteri (ape2 je tak semestinya yg fancy2 and mahal). Suami yang suka letak love note kat handbag isteri, or notebook or mane2 saje. Suka selit2… yang isteri tak sangka, tetiba jumpa love note tu! Romantic kan?? Hehehe…
 
Isteri mana yang tak suka kalau suami sentiasa pimpin tangan or peluk pinggang isteri bila berjalan? yang suap isteri makan time makan kat umah atau kat luar, yang hantar isteri p keje (bila ada time), jemput isteri dari outstation (nak tunjuk how he misses his wife) yang sanggup menyanyi untuk isteri (walopon suara tak sedap mcm jamal abdillah hihi..) dan macam2 lagi benda yang romantik yang tak terlintas di hati seorang isteri... ade aje idea dia nak buat benda2 romantik yang menghepikan hati isteri... cube citer sket isteri mana yang tak suka?? pelik la kalo ada kan...

oleh yang demikian, aku di sini bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat romantik! yang sanggup buat macam2 benda yang best2 untuk isteri dia... hehehe... bangganyer saye! biar la kalo orang kata suami aku tak macho pun... huhu... who are u to judge? i'm his wife, i know better! hihihi... emo plaks...


Tuesday, August 9, 2011

Sayang isteri tolong-tolong kan...

Isteri bukan hamba, ok… sila keep this in mind wahai para suami… kenapa plak tetiba aku kuarkan statement mcm ni?? Hahaha.. sila baca yang seterusnya…

Adaka patut geng2 suami buleh kuarkan statement “aku dah bayar puluh puluh ribu masa kawin dulu, so keje rumah mestila bini buat semua”

Amboiii.. banyak cantik? Ni geng2 isteri nak marah nih! Ape korang ingat korang beli hamba ke?? Huh! Istilah bayar yang digunakan tu pun dah bleh buat hati aku berdarah. Duit hantaran tu bukan utk beli isteri ok…. Kalau kat situ pun konsep korang dah terpesong alamat meranalah hidup bini korang nanti. Duit hantaran tu kan hadiah ikhlas untuk isteri yang sanggup untuk hidup bersama korang, berkongsi susah senang, sanggup nak jaga makan minum korang, sanggup nak lahirkan zuriat korang…. Bukan sebagai bayaran supaya nanti dia buleh jadi hamba korang untuk buat semua kerja rumah dan masak makan minum korang yer… sila ingat tu! Ni ustazah semanis kurma kalo tau dia pun marah! Hahaha…

Memang tak dinafikan lah, jaga makan minum, jaga pakaian and buat keje rumah tu by default jatuh atas batu jemala isteri, tapi itu bukan sepenuhnya tanggung jawab isteri… hidup berumah tangga ni kena lah kerjasama. Apa yang penting?? Kerjasama!! (wonderpets tu binatang pun tau!) especially kalau isteri pun sama-sama bekerja. Suami tak buleh la nak letak 100% kerja mengurus rumah tangga tu atas bahu isteri. Kalau isteri masak, ape salahnya suami tolong cuci pinggan… kalau isteri cuci baju, tak salah kalau sama2 sidai baju, sama lipat baju… kalau selalu isteri iron kan baju, ape la sangat kalau sekali sekala suami pulak ironkan baju isteri… kalau tong sampah dah penuh, apalah kiranya kalau suami tolong buangkan kat luar… kerja rumah yang berat2 macam mop rumah, bersihkan kipas siling yg kena panjat2 tu, suami lah yang buat… kalau isteri sibuk kat dapur, ape salahnya kalau suami tolong uruskan anak, mandikan ke.. tukar diaper ke… barulah harmoni hidup berumah tangga…

Bayangkan kalu isteri nak kena buat semua, tambah pulak isteri pun bekerja. Timbang rasalah sikit encik suami oi… kata sayang isteri??? Cuba letak diri korang sebagai isteri… sama2 keluar rumah awal pagi… balik dah lewat petang, sampai rumah kena pulak uruskan anak, kemudian nak masak, kemas dapur, kemas rumah, hidang makan minum, cuci pinggan mangkuk, cuci baju, jemur baju, iron baju, buang sampah… suami pulak request macam2… ambikkan itu.. nak ini… Itu macam kalu mesin pun meletup engine nya!

Suami kena ingat, isteri ni kaum hawa… kederat tak sekuat mana… tolong lah isteri tu… tak banyak sikit… sejuk hati isteri… bertambah sayang jadinya tau! Happy wife leads to happy life!

So, para suami sekalian, tunjukkan lah sayang anda pada isteri dgn tolong isteri buat kerja rumah. Korban kan sikit ego tu, tak jatuh maruah korang sebagai lelaki kalo tolong buat keje rumah… jangan risau. Makin tinggi sanjungan di hati isteri ada!

Kalau tak reti macam mana nak tolong isteri, meh belajar dengan hubby aku. Hehehe.. sesungguhnya hubby ku ini memang first class kalau bab tolong menolong isteri… Syukur alhamdulillah aku ada suami yang sangat2 rajin membantu… SAAYANG HUBBY!!

Wednesday, June 8, 2011

(it's not about the money) vs (it's all about the money)

Ishh ishh… dalam kepala aku nih asyik menyanyi2 jessie J

“It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain't about the ching ching ching ching…”
on and on and on…

Ahaa.. then aku terfikir… yo lah, zaman sekarang nih semua pon about the money… show me the money… no money no talk!

Korang caya tak dgn statement duit tak boleh beli kebahagiaan??
Aku yg mata duitan nih kata tak caya… hehehe…
Pada aku memang duit tak boleh beli kebahagiaan, tapi kita perlukan duit utk beri kebahagiaan pada seseorang.

Tak dapat aku bayangkan betapa dull nyer hidup ni tanpa duit… atau pun bila duit tu cukup2 utk hidup dgn benda2 asas ajer…
Sebab ape tau?? Sebab…

Tanpa duit, maka tak de special dinner kat luar
Tanpa duit, tak dpt lah nak beli hadiah utk isteri or utk suami or utk anak2
Tanpa duit, maka tak dpt la nak celebrate birthday, anniversary or ape2 jelah
Tanpa duit, suami pun jadik tak romantic! camane suami nak surprise bagi bunga kat isteri? Takkan nak petik kat taman awam plak kan??
Tanpa duit, maka tak de lah family trip… tak de lah jalan2 makan angin…
Tanpa duit, tak leh la nak shopping2…
Tanpa duit, maka tak de lah itu, ini dan lain2 lagi…

Haha.. kan ke yg aku senaraikan tu antara sumber2 atau resepi utk bahagia tuh… Banyak aku baca article2 pasal mengekalkan kebahagiaan suami isteri and anak2 yg sebut pasal hadiah, family trip, celebrate hari istimewa and mcm2 lagi lah..
Memang ler benda2 tuh tak menjamin kebahagiaan, tapi benda2 buleh eratkan hubungan and bwk bahagia tuhhh… jgn tak tahu, banyak tau rumah tangga yang dilanda masalah berpunca dari duit!! ishh ishh...
Hahaha… so, kepada wanita2 di luar sana yang masih mencari pasangan, kalau anda rasa anda mata duitan, sila cari calon suami yg byk duitnya… tapi ingat, jgn cinta pd duitnya saja…

Pada yang rasa dia tak mata duitan, cari lah suami yg stabil dari segi ekonominya. Masa bercinta tak yah makan pon kenyang… tapi bila dah kawin sendiri mau ingat la… hehehe..

pada yg dah kawin terima lah suami anda sedanya yerr… duit boleh dicari… tapi bahagia tak boleh di beli… ok…

haha.. ilham menulis entry kali ni dtg dari lagu yg berputar2 dlm kepala ku ini…

Monday, May 16, 2011

kerja ikhlas ke??

Zaman sekarang ni mana nak jumpe orang yang buat kerja 100% ikhlas?? Kalau dulu YES! Kalo seseorang tu jadi cikgu, memang dia berkorban umpama lilin membakar diri, ikhlas mendidik anak bangsa. Tak harap pun ganjaran, elaun tambahan dan sebagainya. Kalau jadi tentera, sanggup bergadai nyawa demi Negara tercinta. Tak fikir pun kalau dia mati anak bini nak makan ape. Kalau jadi polis pun sama…Dulu kalau diterima masuk public service orang punyalah gembira. Appreciate abis! Kerja tak kira masa. Kerja lebih masa pun tak pe… elaun?? Itu belakang kira, ada dia suka, tak ada pun tak ape.. kerja ikhlas untuk negara….

Dulu orang kerja pasal nak bekerja untuk kemajuan Negara. Sekarang?? Kerja untuk kemajuan diri sendiri dulu…. Untuk dapat duit menyara diri dan keluarga… sebab tu sekarang orang bekerja mengejar ganjaran/ duit semata-mata. Bila kerja lebih sikit mintak elaun…. Kerja susah sikit, minta elaun… tambah kerja sikit, minta elaun… suruh buat pembaharuan, mintak elaun… ELAUN tak sudah-sudah, hasil kerja takuk tu jugak…

Lepas tu pulak, sikap orang kita ni, bila dah biasa tiap-tiap tahun dapat, lama-lama jadi muka tak malu. belum sampai masa dah ada bunyi2… Orang tak niat nak bagi pun dia mintak… lepas tu bila tak dapat dia memberontak! Siap ko! Aku tak undi!! Ahaa… cerita pasal ‘candy’ lahh… ala... hadiah sempena hari pekerja ke.. hari guru ke… tiap2 tahun mesti mau ada… baru buleh buat kerja… (ishh… ishh… teruk betul!)

Ada pulak orang bekerja mengejar pangkat dan kuasa- ye lah.. pangkat tinggi, kuasa & gaji pun besar... Mungkin dia rajin buat kerja, sampai bukan kerja dia pun dia nak buat juga! tapi habis dipijak semua orang asalkan dia dapat naik atas dulu. Bila pandang orang lain naik pangkat dulu dia pun berapi rapi! Tak puas hati… macam2 dia keji… lepas tu mula la susun strategi nak tabur pasir dalam periuk nasik orang. Tak baik hasad dengki… naik pangkat atas rezeki… bukan dikejar pun pangkat tu, tapi dia datang sendiri… rezeki masing2 Allah dah tentukan… cubalah bersyukur dengan kelebihan yang ada, jangan asyik nak dengki kat orang ajer…

Sama-samalah kita muhasabah diri yer.. peringatan utk diri aku juge... memang kita kena bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Tapi jangan lah sampai lupa peranan kita sebagai ape… umpama kalau jadi kerbau, membajak lah… kalau jadi ayam telur, bertelur lah… kalau jadik lembu tenusu, menyusu lah.. eh, betol ke?? Haha.. lebih kurang macam tu la… maksudnya buat kerja kita… jalankan tanggungjawab kita… jangan asyik nak harap ganjaran ajer… bersyukur dulu… dapat awak kerja! Kalau tak???

oh.. kebetulan, hari ni hari guru... SELAMAT HARI GURU!!!

p/s: hani bunny... hepi besday!

people's preception about government servant

Last few days, I talked to a total stranger when I was waiting for a friend somewhere in Alamanda during lunch hour. And what was their first word when they know I work as a government sevant? Guess what?? Ahaa... something about “seronok la u keje gomen… rileks..”

Well, that wasn’t first time I heard people saying that. Almost every non civil servant I know say such thing including my own family. These are what they think…- “keje gomen senang… tak stress” and “senang la keje gomen, byk rileks” and “ala… keje gomen, bukan ade keje pon…”

Funny enough, that was also my perception before I sign up as government servant (don’t get me wrong, it wasn’t the reason I join public sector). But after 3 years being in the system, believe me, those perceptions are all totally wrong! Who says keje gomen rileks?. If you say working in private sector is stress, headache and hectic? So do working in public sector. Working in private sector demand u to stay late at the office? So do working in public sector…sometimes we even work during weekend! working in private sector busy all the time? Nahhh… don’t bluff…. Not all private company workers are busy all the time. There must be time, may be several days in a month that are not very busy or not busy at all. It’s the same like in public sector, there are times when we are a little bit relax, but most of the times are not. Kerja tak pernah abis… Works are all the same. The challenge may be different but still in the same tricky way

I am not trying to change people’s perception, u may think all you want about us doing nothing and receive salary at the end of the month, but to those who say so, wait until u join the system. Apply la… ape tunggu lagi?? Dah apply tak dapat?? Sila cuba lagi…

Wednesday, April 27, 2011

Macam-macam kisah lif

Lif atau org putih kate elevator, satu alat pengangkutan yang amat berguna nak bawak org turun naik tempat yg tinggi atau pon tak tinggi sangat tanpa perlu menggunakan tangga. Mudah sgt bila ada lif. Kalu tidak aku bet tak de nyer org nak bina bangunan tinggi2. buat nyeksa diri jer kalo nak pi tingkat tinggi2 tu guna tangga. Mcm aku, opis kat tingkat 12, mau berpeluh ketiak kalau nak kena naik turun tangga.

So, ramai antara kita yang hari2 guna lif. And korang perasan tak? tiap kali masuk lif, orang secara automatiknya akan diam… bagus.. memang itu pun yang patut dilakukan. Diam masa dalam lif. Bukan ape, lif tu kan sempit and biasanya sesak. Kalau kita dok borak2 dgn suara kuat, maka bergema-gema lah jadinya. Kan ke mengganggu orang lain… tak seswai la kalo nak borak2 dlm lif tu, kalau ye pon nak sgt bercerita, tunggu la bila dah kuar dari lif, bukan lama pon dok dlm lif tu kan… bwk2 ler bersabar… orang bising dlm lif? Bagi aku sgt annoying!

Satu lagi perkara berkaitan lif yang selalu buat aku hangen, time nak keluar masuk lif. Wahai orang yang tunggu kat luar lif, bersabarlah… tunggu lah orang yang dalam lif keluar dulu. Janganlah main serbu je nak masuk bila pintu dah bukak. Beri laluan…

Orang yang kat dalam lif pun kena la alert. Jangan la buat tak tau jer, bila lif dah berenti tu pandang2lah belakang kot2 ada yang nak keluar. Sila beri laluan yer…

Perkara berkaitan keluar masuk gak. Aku pernah Nampak satu situasi yang aku sangat tak faham kenapa si pelaku melakukan perkara itu. Iaitu tunggu lif betul-betul kat depan pintu lif. Depan sampai tahap dahi tersentuh kat pintu lif tu. bila pintu lif terbukak kepala dia masuk dulu. Seb baek masa tu tak de orang nak kuar dari lif. Kalo tak dahhh… berlanggar muka! Ishh ishh..~

Masa tunggu lif, aku suka tengok gelagat orang. Ada tu yang suka tekan button naik/ turun tu banyak2 kali. Padahal orang lain dah tekan, lampu dah nyala pun. Dia tekannnn jugak lagi byk2 kali. Macam lah kalo tekan banyak2 kali tu lif buleh sampai lebih cepat? Haha.. kelako lerr!

Lepas tu pulak kalau lif yang kita nak naik tu penuh…sila susun diri anda dengan berhemah yer supaya maksimum capacity boleh masuk. SILA BERHEMAH, jangan lak sampai bersentuhan dgn lain2 jantina… dan orang yang tak dapat naik pulak, kena lah tunggu lif lain.

Cerita pasal orang yang tak dapat naik nih pulak, tak menyabo nak tekan button naik/ turun lagi sekali. Tak sempat lif penuh ni nak jalan, dia dah tekan. Terbukak balik pintu lif tu… sampai 2 3 kali macam tu! Tunggu lah sampai lif tu jalan dulu baru tekan lagi chek oiii..

Another thing yang aku rasa irritating ialah orang yang suka hijack lif. Contoh situasi: si A di aras 2 nak naik ke aras 8, dia tekan button naik and turun sekali gus. So, bila lif dari atas turun, ia akan berenti kat aras dua sebelum turun ke aras satu. Si A ni pon masuk lif (lif tu kosong) and dia hijack lift u dengan tekan button 8, lif tu tak jadi turun sebaliknya terus naik ke aras 8… orang yg tuggu lif kat aras 1 ni terpaksa tunggu lif lain. Mungkin si A rasa dia bijak, tapi bagi aku tindakan ni adalah selfish dan kurang didikan…

Masih dalam kategori selfish, orang yang masuk lif dan Nampak orang kat luar tengah kejar nak naik lif tu, tapi orang kat dalam tu buat tak tau dan tekan jugak button tutup pintu. Kesian orang yg kejar tu… ape lah salahnyer tekan button bukak and tunggu kejap. Jangan ingat anda sorang jer nak cepat. Then orang yang kejar lif tu pon kalau orang dah tunggu jangan la lupe pulak nak ucap terima kasih… give and take lerr..

Lepas tu pulak orang yang masuk lif, and lif tu kosong. Dia pegi berdiri dekat sgt, depan2 sampai nak melakap badan kat button-button lif tu. then bila ada orang lain masuk dia buat tak tau… selamba jerr… tak bagi ruang orang nak tekan button tu. Actually tak salah kalo nak berdiri kat depan button tu kalau rasa seronok sgt nak berdiri kat situ. Tapi berundur la bagi ruang orang yang baru masuk nak tekan button. Kalau nak tolong tekan kan tak pe jugak!

ahaa.. Cuma, satu perkara yang aku pelik, bila masuk lif, automatically orang akan pusing dan menghadap pintu lif. Kenape hah?? Hahaha..

Tulah dia… macam2 cerita pasal lif, before I end this, ada satu pesanan, jangan kentut dalam lif walopon anda seorang diri… sebab kalo tetiba ada orang masuk, mau pengsan orang tuh! Sila ambil maklum yer~


Hahaha…

Wednesday, April 20, 2011

alasan, sebab, excuse, reason... apakah?

alasan, sebab excuse, reason… adalah perkara yang diberikan apbila ingin mengelak daripada melakukan sesuatu atau merupakan penjelasan apabila ingin melakukan sesuatu. Mungkin ia suatu yang benar jika anda dapat menjelaskan dengan terang dan terperinci akan alasan, sebab, excuse atau reason tersebut. Tetapi jika anda hanya menyatakan alasan, sebab, excuse atau reason tersebut atas alasan, sebab, excuse atau reason tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka ia akan menimbulkan seribu tanda tanya ?????????????(x seribu).. 

suatu alasan, sebab, excuse atau reason yang diberikan perlu disertakan dengan penjelasan yang konkrit. Tanpa sebarang penjelasan maka alasan, sebab, excuse atau reason tersebut akan menjadi tidak bermakna dan tidak dapat diterima.


Contoh situasi:

S: Aku tak dapat join korang atas sebab tertentu.

K: Apakah sebab nya?

S: Sebab tertentu la…

K: Sebab tertentu yang bagaimana?

S: Sebab tertentu yang tertentu.. yang tak dapat dielakkan.

Kesimpulan: sebab S tak dapat join adalah sebab alasan sebab…

apakah???

so, encik S, sila ambil maklum~
alasan anda tidak dapat diterima selagi anda tidak memberikan penjelasan yang kukuh terhadap sebab yang anda nyatakan...

Friday, December 10, 2010

ukur baju pada badan sendiri

mukaddimah: wahh.. entry ni aku dah tulis lama... bila tgk iklan pasal AKPK kat tv baru2 ni, teringat aku nak nengok balik entry  ni. tapi takde plak kat page aku. rupenyer masih draft lagik.. auto publish tu tak publish kan plak entry nih... aku silap setting kot.. haha.. aparaa...

Ukur baju pada badan sendiri tu maksud dia belanja ikut kemampuan diri… kat malaysia kan ramai dah golongan yang muda2 lagi dah kena isytihar bankrupt. Ni semua gara2 belanja lebih dari kemampuan la nih.

Zamam sekarang ni tuntutan kewangan memang agak membebankan. Pendapatan tak seberapa tapi cost of living sgt2 tinggi. Kena pulak dgn jiwa muda + macam2 dugaan… nak kreta besar2, nak soprt rim, nak gadget yang up to date, nak barang branded2.. kalo diikutkan nafsu memang arr buleh jatuh bankrupt!

Aku selalu ingatkan diri, and belajar daripada ape yang aku nampak kat sekeliling aku. Sebelum beli ape2 barang yang perlukan komitmen duit, kena fikir betul2, fikir utk jangka masa panjang. Kalau nak beli kereta, jangan fikir setakat mampu nak bayar monthly installment, tapi kena fikir jugak road tax tiap2 tahun, maintenance, minyak, tol, emergency kot2 kereta rosak ke…

kalau nak beli rumah, kena fikir, lepas bayar duit rumah balance duit yang ada tu cukup tak untuk survive? Rumah ni komitment dia bukan setakat 6 7 tahun, tapi buleh sampai 20 30 tahun. sanggup ke nak berdikit2 sampai tercekik leher pasal nak bayar duit rumah tiap2 bulan? Kena pulak lepas setahun, anak bertambah… tu belum kira hal2 kecemasan lagi tuh. orait, gaji naik tiap2 tahun, tapi cost of living pon ikut naik! So kena make sure kedudukan financial betul2 kukuh before buat keputusan untuk komitmen yang besar2 nih.

Tak mau lah jadi yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Beli harta tak fikir kemampuan, bulan2 tak mampu bayar, guna pulak duit KWSP… akhirnya, duit KWSP habis, rumah pulak kena lelong… ape pun tak dapat..

Bersyukur sebab aku ada kesedaran financial nih! (cewah..) aku slalu tgk website AKPK.

Macam2 info pasal menguruskan kewangan ada kt situ. Siap buleh ukur tahap kesihatan kedudukan kewangan lagi! Setakat ni alhamdulillah, kedudukan kesihatan kewangan aku di tahap terbaik! Korang buleh uji tahap kesihatan kewangan tu kat sini…

hehehe.. selamat mencuba! Mari menguruskan kewangan dengan berhemah demi masa depan yang cerah!

Sunday, November 14, 2010

Golongan isteri yang aku nak kata PADAN MUKA kalau suami dia kawin lain

Dalam dunia ni boleh kata semua wanita bergelar isteri pertama tak akan rela kalau suami dia nak kawin lagi (well ada jugak la yg rela dan redha tapi berape kerat sgt la kan) mostly mententang bermati-matian. Aku salah sorang lah daripada golongan yang menolak ganjaran payung emas tu.

Aku ni bukan setakat tak rela, tapi cukup tak setuju dengan suami2 yang berangan nak kawin lebih dari satu nih. Tak kira lah.. mampu ke tak mampu.. aku memang anti! Lagi satu yang aku anti berdouble2 ialah golongan perempuan yang gedik nak jadi bini nombor dua tu.. grrr.. macam dah tak de org bujang! (sori la kalu ada antara yg baca ni bini nombo 2, dis is just my oppinion) Ok.. sabar2.. entry kali ni aku bukan nak berbicara pasal suami gatal nak kawin lain atau perempuan gatal nak kat laki orang, tapi aku nak cakap pasal isteri yang tak pandai jaga suami~ (cewahh.. aku pandai sgt ke??) hehehe.. takpe, kita share utk sama2 ingat…

Aku amat2lah bersimpati pada golongan isteri pertama yang dimadukan oleh suami ni, lebih-lebih lagi kalau dia isteri yang taat & tak abaikan tanggungjawab. Tapi ape kata kalau isteri tu cuma pada nama?? Tapi satu tanggungjawab sebagai isteri pon dia tak buat sedangkan kerjanya suri rumah sepenuh masa?? Contohnyer..

1. Tak pernah ambik tau makan minum suami. Apetah lagi nak masak untuk suami... tapi suami pulak yang sediakan makan minum dia. Suami balik kerja suami pulak yang tanya isteri dah makan ke belum?


2. tak pernah ambik tau pakaian suami. Basuh baju jauh sekali. Suami balik kerja, suami basuh baju. Bila baju dah basuh, tinggal sidai pon dia tak buat. Bila dah sidai nak angkat dari ampai?? Owhh tidak.. ape lagi utk lipat kain baju tu... ape dia buat?? Buat tak tau... bila baju dah habis stok tau pulak merungut!


3. rumah bersepah macam tongkang pecah. Sebab ape? Isteri tak mau kemas... sampah sarap bersepah kat dalam rumah. Habuk pasir jgn cerita... ape taknyer? Rumah bukan setakat tak pernah kemas, tapi tak pernah sapu jugak. Anak, suami duduk dalam timbunan samah sarap kat rumah, dia tak rasa bersalah...


4. jaga anak ala kadar... anak lapar mintak susu dia tak buat selagi anak tak carik sendiri botol susu yang tak berbasuh yang tercampak entah kat mana2 tu. anak nangis pun tak pe, dia tahan telinga... anak lapar mintak nasik, dia jwab mana ada, jangan nak mengada2! Pantang silap sikit, anak kena tengking, kena pukul..


5. lemah lembut hormat suami memang tak ade. Kalau bercakap memanjang tinggi suara... nada pun tak de mesra-mesra. suami balik kerja bukan nak sambut dengan senyum manja, tapi ade aje yang tak kena.. semua perkara dia yang betul saje…


6. asyik memintak2 benda yang diluar kemampuan suami. Sanggup berhutang keliling pinggang asalkan kehendak dia dipenuhi. Suami kerja siang malam, duit habis dok bayar hutang isteri... bila duit tak cukup semua tu salahkan suami...


7. keluarga sendiri ditatang bagai minyak yang penuh, keluarga suami di caci-caci... tapi bila susah dah tersepit, mentua ipar duai jugak yang dicarik..

tu lah antara ciri2 isteri yang aku nak PADANKAN MUKA dia kalau suami dia carik lain. Kalau cuma ada salah satu ciri maaf la jugak. Ape kata kalau isteri ada semua ciri2 tu?? Kalau cantik, wangi macam bidadari ada jugak yang suami nak pandang, kalau tidak??? Fikir2kan lah..

Wahai para isteri sekalian, jagalah suami... jgn lupa tanggung jawab.... sama2 lah kita ingatkan diri sendiri.. kalau buleh jangan sampai ada satu pon ciri2 kat atas tu pada kita...

Sunday, November 7, 2010

akai ada ka??

Dah lama tak layan melodi. Hari ni bukak la kejap.. tup tup kuar arr citer pasal artis yg aku tak kenal nih kononnyer bercinta dgn artis yang dah agak berumur... aku tgk interview tu sakit hati betol! Meluat nak muntahh!! Bukan sbb dierang bercinta ke hape, tapi sbb cara dierang menjawab soalan2 wartawan tu!

No komen.. tak mau komen.. itu personal life saya... no komen.. no komen... itu hal peribadi... PERIBADI...

Masalah nyer kat sini, cerita ni takkan timbul kalau kau sendiri tak bukak pekung! Konon tak mau public tau pasal hal peribadi, abis tu yang hang gatai sgt pegi post gambar peluk mesra2 kat laman soSIAL tu kenape??? Siap keluar statement I LOVE U SO MUCH... ape kejadah nyer itu?? Haha.. come on la bro.. kalo tak mau org tau, simpan aje dlm hati... kalo dah letak kat facebook ke, twitter ke, friendster ke.. tulis kat blog ke.. tu maknanya saje nak bagi tau satu dunia! awak tu public figure... Itu sengaja menjolok sarang tebuan namanyer... lepas tu bila wartawan tanya jawab no komen, no komen, peribadi, personal. Kalo dah tau peribadi jgn arr hebohkan sekampung... akai ada ka??

Saturday, February 20, 2010

Tak bahagia = carik yg lain... #*%$&!!!

6.00 pm kat opis… heavy rain outside. Nak kuar nanti kebasahan… what else can I do?-cheh,, tanyer mcm dah xde keje nak buat, padahal assignment SUB satu ayat pon tak tulish lg! mmg termakbul la kot niat aku tak nak hantar nih… potong markah LNPT?? Silalah kan…. Malas aku nk memerah otak nih!

There are things lingering in my mind pasal cerita dayat masa lunch td about husband yg looking for another woman sedangkan before he met tht woman he was a very good husband. Xde pon ciri2 menggatal nak kawin lain.. I come to think about it, sedangkan lelaki yg baik dan alim serta tidak pernah berniat nak kawin lain pon buleh terjebak, INIKAN PULAK lelaki yg gatal dan memang siap2 dah pasang niat nak kawin lebih dari satu sedangkan kawin sorang pon tak mampu lagi.. fuhhh… bersyukur betol aku sbb jodoh aku bukan dgn lelaki mcm tu..

Anyway, berbalik pada kisah suami jatuh hati pd perempuan lain ni, aku berdoa lah sesangat supaya perkara mcm ni tak jadik pd aku… tak sanggup lah nak melalui penderitaan tu once again. Why do I say once again?? Well aku pernah la merasa diduakan or should I say ditigakan or entah-entah diempat limakan oleh sorang makhluk yg kaki perempuan ni. I know the feeling tu not even close lah dgn yg dilalui oleh isteri yang diduakan suami sbb time tu aku blom kawin pon… baru couple2 ayam la kate org… tp wa cakap lu…. It’s like living in hell! (cheh.. mcm penah pegi?) haha.. Aku tak tau lah nape la aku bongok sgt masa tuh… tp ape pon aku syukur lah sbb kebongokkan aku tak berpanjangan. Dan Allah dah tentukan jodoh aku bukan dgn org gila mcm tu. Well… dah termaktubkan, perempuan baik (ehem2.. mcm aku ) pasti jodohnya dengan lelaki baik (mcm hubby aku)… hehehe… btol lah kan… baik sama baik… jahat sama jahat lah kan…

Why do men easily fall in love with a woman he just met rather than shower the love to the one who’s been sharing her life with him the entire time? Who’s been sacrifice a lot for him, who gives him children, who’s been love and devoted her life just for him? Why?? Standard answer “tak bahagia” KEPALA HOTAK lah!! mcm lah kalo ko kawen lain tuh ko akan lebih bahagia…. Buatnyer pulak pilihan tu janda anak lima! Tak ke lg haru?? Lagi huru hara jadiknyer adalah…. Otak ada ka???

Kan lebih baik kalo mengimprove kebahagiaan yang sedia tercipta daripada mengejar bahagia yang belom tentu? Kenapa nak runtuhkan bahagia yang dah lama ada semata2 nak bina bahagia dgn entah mana2 pompuan atas air mata isteri sendiri?? Kalo dah pompuan tu tau ko tu laki org TAPI dia tergedik2 jugak nak kat ko, pompuan baik ke namanya tuhh?? Hello… open up ur eyes man..!! aku jijik betol dgn pompuan yg macam tu!

For those who are married, yang teringin nak carik lelaki/ pompuan lain, gunalah alasan yang munasabah. Alasan TAK BAHAGIA langsung tak boleh diterima akal… especially pada yg dah ada anak berderet2 and yang dah share life for so long… belajar lah bersyukur dengan apa yg kita ada…

Satu lagi amaran!! Married men should avoid being a crying shoulder pd perempuan lain…. Buat sakit hati bini jer! Apetah lagi end up perempuan tu jatuh hati pada ke‘caring’an ko. Lepas tu pulak, semata2 sbb sama-sama berkongsi masalah, maka ko pon kononnya terjatuhlah cinta jugak pd pompuan tu… same goes to women jugak. Walopon pompuan tak leh kawen lebih dari satu, tp kalo this thing happen, huru hara jadiknya!

Yang penting in marriage ni, sama2 terima buruk baik masing2 and berusaha bina kebahagiaan dgn sumber yg ada… jangan sibuk nak carik lain!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...