Zaman sekarang ni mana nak jumpe orang yang buat kerja 100% ikhlas?? Kalau dulu YES! Kalo seseorang tu jadi cikgu, memang dia berkorban umpama lilin membakar diri, ikhlas mendidik anak bangsa. Tak harap pun ganjaran, elaun tambahan dan sebagainya. Kalau jadi tentera, sanggup bergadai nyawa demi Negara tercinta. Tak fikir pun kalau dia mati anak bini nak makan ape. Kalau jadi polis pun sama…Dulu kalau diterima masuk public service orang punyalah gembira. Appreciate abis! Kerja tak kira masa. Kerja lebih masa pun tak pe… elaun?? Itu belakang kira, ada dia suka, tak ada pun tak ape.. kerja ikhlas untuk negara….
Dulu orang kerja pasal nak bekerja untuk kemajuan Negara. Sekarang?? Kerja untuk kemajuan diri sendiri dulu…. Untuk dapat duit menyara diri dan keluarga… sebab tu sekarang orang bekerja mengejar ganjaran/ duit semata-mata. Bila kerja lebih sikit mintak elaun…. Kerja susah sikit, minta elaun… tambah kerja sikit, minta elaun… suruh buat pembaharuan, mintak elaun… ELAUN tak sudah-sudah, hasil kerja takuk tu jugak…
Lepas tu pulak, sikap orang kita ni, bila dah biasa tiap-tiap tahun dapat, lama-lama jadi muka tak malu. belum sampai masa dah ada bunyi2… Orang tak niat nak bagi pun dia mintak… lepas tu bila tak dapat dia memberontak! Siap ko! Aku tak undi!! Ahaa… cerita pasal ‘candy’ lahh… ala... hadiah sempena hari pekerja ke.. hari guru ke… tiap2 tahun mesti mau ada… baru buleh buat kerja… (ishh… ishh… teruk betul!)
Ada pulak orang bekerja mengejar pangkat dan kuasa- ye lah.. pangkat tinggi, kuasa & gaji pun besar... Mungkin dia rajin buat kerja, sampai bukan kerja dia pun dia nak buat juga! tapi habis dipijak semua orang asalkan dia dapat naik atas dulu. Bila pandang orang lain naik pangkat dulu dia pun berapi rapi! Tak puas hati… macam2 dia keji… lepas tu mula la susun strategi nak tabur pasir dalam periuk nasik orang. Tak baik hasad dengki… naik pangkat atas rezeki… bukan dikejar pun pangkat tu, tapi dia datang sendiri… rezeki masing2 Allah dah tentukan… cubalah bersyukur dengan kelebihan yang ada, jangan asyik nak dengki kat orang ajer…
Sama-samalah kita muhasabah diri yer.. peringatan utk diri aku juge... memang kita kena bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Tapi jangan lah sampai lupa peranan kita sebagai ape… umpama kalau jadi kerbau, membajak lah… kalau jadi ayam telur, bertelur lah… kalau jadik lembu tenusu, menyusu lah.. eh, betol ke?? Haha.. lebih kurang macam tu la… maksudnya buat kerja kita… jalankan tanggungjawab kita… jangan asyik nak harap ganjaran ajer… bersyukur dulu… dapat awak kerja! Kalau tak???
oh.. kebetulan, hari ni hari guru... SELAMAT HARI GURU!!!
p/s: hani bunny... hepi besday!
chap, entri ko ni buat takot je nk jd cekgi...hihi tp betul niat tu kena betul, then bila niat betul, ikhlas dtg, pastu br sungguh2 didik anak orang kan...
ReplyDeletetq chappp..;)