Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, November 14, 2010

Golongan isteri yang aku nak kata PADAN MUKA kalau suami dia kawin lain

Dalam dunia ni boleh kata semua wanita bergelar isteri pertama tak akan rela kalau suami dia nak kawin lagi (well ada jugak la yg rela dan redha tapi berape kerat sgt la kan) mostly mententang bermati-matian. Aku salah sorang lah daripada golongan yang menolak ganjaran payung emas tu.

Aku ni bukan setakat tak rela, tapi cukup tak setuju dengan suami2 yang berangan nak kawin lebih dari satu nih. Tak kira lah.. mampu ke tak mampu.. aku memang anti! Lagi satu yang aku anti berdouble2 ialah golongan perempuan yang gedik nak jadi bini nombor dua tu.. grrr.. macam dah tak de org bujang! (sori la kalu ada antara yg baca ni bini nombo 2, dis is just my oppinion) Ok.. sabar2.. entry kali ni aku bukan nak berbicara pasal suami gatal nak kawin lain atau perempuan gatal nak kat laki orang, tapi aku nak cakap pasal isteri yang tak pandai jaga suami~ (cewahh.. aku pandai sgt ke??) hehehe.. takpe, kita share utk sama2 ingat…

Aku amat2lah bersimpati pada golongan isteri pertama yang dimadukan oleh suami ni, lebih-lebih lagi kalau dia isteri yang taat & tak abaikan tanggungjawab. Tapi ape kata kalau isteri tu cuma pada nama?? Tapi satu tanggungjawab sebagai isteri pon dia tak buat sedangkan kerjanya suri rumah sepenuh masa?? Contohnyer..

1. Tak pernah ambik tau makan minum suami. Apetah lagi nak masak untuk suami... tapi suami pulak yang sediakan makan minum dia. Suami balik kerja suami pulak yang tanya isteri dah makan ke belum?


2. tak pernah ambik tau pakaian suami. Basuh baju jauh sekali. Suami balik kerja, suami basuh baju. Bila baju dah basuh, tinggal sidai pon dia tak buat. Bila dah sidai nak angkat dari ampai?? Owhh tidak.. ape lagi utk lipat kain baju tu... ape dia buat?? Buat tak tau... bila baju dah habis stok tau pulak merungut!


3. rumah bersepah macam tongkang pecah. Sebab ape? Isteri tak mau kemas... sampah sarap bersepah kat dalam rumah. Habuk pasir jgn cerita... ape taknyer? Rumah bukan setakat tak pernah kemas, tapi tak pernah sapu jugak. Anak, suami duduk dalam timbunan samah sarap kat rumah, dia tak rasa bersalah...


4. jaga anak ala kadar... anak lapar mintak susu dia tak buat selagi anak tak carik sendiri botol susu yang tak berbasuh yang tercampak entah kat mana2 tu. anak nangis pun tak pe, dia tahan telinga... anak lapar mintak nasik, dia jwab mana ada, jangan nak mengada2! Pantang silap sikit, anak kena tengking, kena pukul..


5. lemah lembut hormat suami memang tak ade. Kalau bercakap memanjang tinggi suara... nada pun tak de mesra-mesra. suami balik kerja bukan nak sambut dengan senyum manja, tapi ade aje yang tak kena.. semua perkara dia yang betul saje…


6. asyik memintak2 benda yang diluar kemampuan suami. Sanggup berhutang keliling pinggang asalkan kehendak dia dipenuhi. Suami kerja siang malam, duit habis dok bayar hutang isteri... bila duit tak cukup semua tu salahkan suami...


7. keluarga sendiri ditatang bagai minyak yang penuh, keluarga suami di caci-caci... tapi bila susah dah tersepit, mentua ipar duai jugak yang dicarik..

tu lah antara ciri2 isteri yang aku nak PADANKAN MUKA dia kalau suami dia carik lain. Kalau cuma ada salah satu ciri maaf la jugak. Ape kata kalau isteri ada semua ciri2 tu?? Kalau cantik, wangi macam bidadari ada jugak yang suami nak pandang, kalau tidak??? Fikir2kan lah..

Wahai para isteri sekalian, jagalah suami... jgn lupa tanggung jawab.... sama2 lah kita ingatkan diri sendiri.. kalau buleh jangan sampai ada satu pon ciri2 kat atas tu pada kita...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...