Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 15, 2010

Bunga vs Bunga

Hoi bunga! Kenapa kau sakiti bunga?

Aku pandang saja…

Mula-mula kau pandang saja
Kemudian kau hambur kata-kata manja


Ya, kemudian aku goda
Dan aku suntik madu dalam hati kumbang dia


Owh.. kau sedar? Tapi kau buat juga!


Hoi bunga! Kenapa kau makan bunga?

Aku damba kumbang di taman mekar

Mengapa mesti kumbang yang punya bunga?
Bukankah kumbang bukan seekor?


Aku tak peduli, aku mahu yang itu juga!
Lagipun hukum tidak melarang


Ya, tapi bukan itu soalnya
Kau hancurkan bunga dan mekar tamannya



Hoi bunga! Kenapa kau racuni bunga?

Aku mahu cinta

Tapi kau rampas kumbang dari taman syurga

Ah.. persetankan itu semua
Matlamatku boleh menghalalkan cara
Janji dapat apa ku mahu
Janji puas nafsu!


Kau keji! Kau sakiti kaum sendiri

Ah.. aku tak peduli!


Hoi bunga! Kau fikir kau siapa?

Aku pemenangnya...
Dapat bertahta dalam hati dia


Setiap perkara ada timbalnya
Hari ini kau sakiti bunga
Kau bina bahagia atas airmatanya
Kau lupa... kau juga bunga
Tiba masa kau juga akan rasa deritanya...



Nukilan rasa:
chip arr.. sape lagi??
ditulis kat DSG masa DPA.. hehe~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...