Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 18, 2011

Romantic vs Macho…

. ...antara dua tu mana korang pilih? Suami yang macho ke atau suami yang romantik? Hahaha... aku tanpa ragu2 lagi pilih suami romantik!

Bagi aku suami romantik membawa lebih kebahagiaan berbanding suami macho. Macho jer nak buat hape kalo tak pandai amik hati isteri?? Hehehe… sape yang tak mau suami yang selalu luahkan rasa cinta pada isteri? Yang tak segan tunjuk kasih sayang pada isteri walopon depan kawan2 atau depan orang ramai… orang yg control macho nak ke cium tangan isteri or kiss dahi isteri depan orang?? Hoh! Jangan harap lah kan? Hilang arr macho… hahaha..

pada aku orang macho ni ego nya tinggi.. susah nak tunjuk sayang dia pada isteri especially depan public. memanjang nak jaga kemachoan dia! dan aku rasa orang yang kuat control macho ni sebenarnya suka nak tarik perhatian orang - pada perempuan dia nak bagi nampak macam cool dan pada kaum sejenis nak bagi nampak hebat supaya dierang respect, konon tak kalah pada wanita. KONON.. .Hahaha.. tak tau la betul ke tak, tapi itu pandangan peribadi aku la... sesape yang perasan macho tu, jgn marah ek... heheh!


::relevant ke gambar ni?? hihi..::

Aku rasa majoroti isteri mengimpikan suami yang romantik. Suami yang sanggup set suprise candle light dinner utk isteri (masak sendiri plak tuh), suami yang hantar bunga ke opis isteri time anniversarry or birthday or saje2 hantar walopon takde ape2 occasion. Suami yang selalu beri hadiah pada isteri (ape2 je tak semestinya yg fancy2 and mahal). Suami yang suka letak love note kat handbag isteri, or notebook or mane2 saje. Suka selit2… yang isteri tak sangka, tetiba jumpa love note tu! Romantic kan?? Hehehe…
 
Isteri mana yang tak suka kalau suami sentiasa pimpin tangan or peluk pinggang isteri bila berjalan? yang suap isteri makan time makan kat umah atau kat luar, yang hantar isteri p keje (bila ada time), jemput isteri dari outstation (nak tunjuk how he misses his wife) yang sanggup menyanyi untuk isteri (walopon suara tak sedap mcm jamal abdillah hihi..) dan macam2 lagi benda yang romantik yang tak terlintas di hati seorang isteri... ade aje idea dia nak buat benda2 romantik yang menghepikan hati isteri... cube citer sket isteri mana yang tak suka?? pelik la kalo ada kan...

oleh yang demikian, aku di sini bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat romantik! yang sanggup buat macam2 benda yang best2 untuk isteri dia... hehehe... bangganyer saye! biar la kalo orang kata suami aku tak macho pun... huhu... who are u to judge? i'm his wife, i know better! hihihi... emo plaks...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...