Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 9, 2011

Sayang isteri tolong-tolong kan...

Isteri bukan hamba, ok… sila keep this in mind wahai para suami… kenapa plak tetiba aku kuarkan statement mcm ni?? Hahaha.. sila baca yang seterusnya…

Adaka patut geng2 suami buleh kuarkan statement “aku dah bayar puluh puluh ribu masa kawin dulu, so keje rumah mestila bini buat semua

Amboiii.. banyak cantik? Ni geng2 isteri nak marah nih! Ape korang ingat korang beli hamba ke?? Huh! Istilah bayar yang digunakan tu pun dah bleh buat hati aku berdarah. Duit hantaran tu bukan utk beli isteri ok…. Kalau kat situ pun konsep korang dah terpesong alamat meranalah hidup bini korang nanti. Duit hantaran tu kan hadiah ikhlas untuk isteri yang sanggup untuk hidup bersama korang, berkongsi susah senang, sanggup nak jaga makan minum korang, sanggup nak lahirkan zuriat korang…. Bukan sebagai bayaran supaya nanti dia buleh jadi hamba korang untuk buat semua kerja rumah dan masak makan minum korang yer… sila ingat tu! Ni ustazah semanis kurma kalo tau dia pun marah! Hahaha…

Memang tak dinafikan lah, jaga makan minum, jaga pakaian and buat keje rumah tu by default jatuh atas batu jemala isteri, tapi itu bukan sepenuhnya tanggung jawab isteri… hidup berumah tangga ni kena lah kerjasama. Apa yang penting?? Kerjasama!! (wonderpets tu binatang pun tau!) especially kalau isteri pun sama-sama bekerja. Suami tak buleh la nak letak 100% kerja mengurus rumah tangga tu atas bahu isteri. Kalau isteri masak, ape salahnya suami tolong cuci pinggan… kalau isteri cuci baju, tak salah kalau sama2 sidai baju, sama lipat baju… kalau selalu isteri iron kan baju, ape la sangat kalau sekali sekala suami pulak ironkan baju isteri… kalau tong sampah dah penuh, apalah kiranya kalau suami tolong buangkan kat luar… kerja rumah yang berat2 macam mop rumah, bersihkan kipas siling yg kena panjat2 tu, suami lah yang buat… kalau isteri sibuk kat dapur, ape salahnya kalau suami tolong uruskan anak, mandikan ke.. tukar diaper ke… barulah harmoni hidup berumah tangga…

Bayangkan kalu isteri nak kena buat semua, tambah pulak isteri pun bekerja. Timbang rasalah sikit encik suami oi… kata sayang isteri??? Cuba letak diri korang sebagai isteri… sama2 keluar rumah awal pagi… balik dah lewat petang, sampai rumah kena pulak uruskan anak, kemudian nak masak, kemas dapur, kemas rumah, hidang makan minum, cuci pinggan mangkuk, cuci baju, jemur baju, iron baju, buang sampah… suami pulak request macam2… ambikkan itu.. nak ini… Itu macam kalu mesin pun meletup engine nya!

Suami kena ingat, isteri ni kaum hawa… kederat tak sekuat mana… tolong lah isteri tu… tak banyak sikit… sejuk hati isteri… bertambah sayang jadinya tau! Happy wife leads to happy life!

So, para suami sekalian, tunjukkan lah sayang anda pada isteri dgn tolong isteri buat kerja rumah. Korban kan sikit ego tu, tak jatuh maruah korang sebagai lelaki kalo tolong buat keje rumah… jangan risau. Makin tinggi sanjungan di hati isteri ada!

Kalau tak reti macam mana nak tolong isteri, meh belajar dengan hubby aku. Hehehe.. sesungguhnya hubby ku ini memang first class kalau bab tolong menolong isteri… Syukur alhamdulillah aku ada suami yang sangat2 rajin membantu… SAAYANG HUBBY!!

1 comment:

  1. meh aku tolong sepak skit lelaki yg cakap camtu..husband aku yg mase bujang manja ngan mak x pernah buat kerja rumah pon leh tolong aku buat kerja rumah lepas kawin.

    janganla bg alasan tak tahu..kalau x tahu masak..tolong la cuci pinggan mangkuk contohnye.

    ingat 20 ribu tu banyak sangat kee

    ok aku emo di sini..kalau aku dengar sendiri memang habis mamat tu kena lecture.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...