Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 21, 2011

OpenHouseWarming

siap ada kad jemputan~
15 Oktober 2011, finally housewarmig yang dinanti2 tiba juga! dah 3 tahun terpospond niat kami nak buat jamuan makan utk sedara mara and kengkawan. sejak memula pindah dulu memang dah pasang niat tu. tapi tak tebuat2 jugak.

memula tak de kesempatan sbb baru pindah and byk benda belom settle down, pastu aku plak pegi kursus DPA 6 bulan. balik dari kursus tu kami p panjat gunung pulak. pastu aku pregnant and aku alergic bau2 makanan throughout the pregnancy tu (mmg tak larat la nak buat housewarming kan..) lepas bersalin tak de kesempatan gak, masa ler tak de, modal ler tak de... tapi, lepas macam2 cabaran tu akhirnya 15hb ari tu berjaya jugak kami buat housewarming.

elok ler tu... memula dulu kami sewa jer rumah tu, bila dah beli rumah tu baru ada rezeki nak buat housewarming nyerrr... memang sesuai sangat lah! hehe.. nama majlis tu OpenHouseWarming sebab ape tau? sebab housewarming ni disekalikan dengan openhouse sempena raya walopon raya dahh habis. so jadilah dia OpenHouseWarming... suke hati aku lah nak kasik name ape pon kan?? majlis aku! hehehe...

so, menu hari tu ialah nasik tomato dengan ayam masak merah, daging kurma, acar rampai, sayur campur and papedom. selain tu ada bihun singapore, keropok lekor, roti jala, kek lapis sarawak and kek buah kukus... semua tu bukan aku yang masak! hehehe... aku mintak tolong mak cik aku yang buat caterer masak! bihun and kek plak ibu yang masak! aku?? goreng papedom jer... hehehe..

masa hari kejadian tu (perkataan yang selalu sgt aku guna masa kat kolej dulu- hari kejadian) cuaca waktu pagi sampai tgh hari memang cantek. tapi bila dah masuk petang dah start mendung and angin bertiup kencang! sampai kemah yang kitorang pasang runtuh ditiup anginnn.. hahaha! ini bukan cobaan.. ini betol2 kejadiannn.. haha.. rugi hubby tak snap gambar masa tu. ye2 jer bawak camera ke hulu ke hilir, tapi tak amik gambar pon. ye la.. sibuk melayan tetamu kan...

berbalik pada cerita kemah roboh. hahaha.. memang kelakar. seb baek masa tu tak de orang dok bwh tu sbb masa ramai dok dlm rumah sbb dah start hujan... kesian hubby, terpaksa bertungkus lumus betulkan balik. aku dah agak dahhh... memang dah terdetik dlm hati aku yang kejadian ni akan  berlaku sbb keadaan kemah tu memang tak kukuh. kemah tu kami beli kat giant. dah ler cover tak waterproof, pastu tak kukuh plak tu. nyesal aku beli ! huh! masa tu ingat nak sewa jer, tapi kalo sewa semua stok kemah besar2 saiz kemah org kawen. aku nak buat dlm kompaun umah jer, mana muat. so bila decide nak beli terbeli yang hampeh plakkkk... huhu.. tapi tak pe lahh.. yang penting semua dah selamat....

anyway, memang seronok buat makan2 mcm ni. walopon memenatkan tapi puas hati bile dapat jumpe sedara mara and kengkawan especially yang dah lama tak jumpe. terima kasih ek korang yang sudi datang... len kali datang lah lagi. haritu tak puas nak borak-borak~

-lama gak outdated cerita aku kan??

2 comments:

  1. xde gambar ke.. kami x dpt dtg sbb hujan lebat .. huhuhuh sori ye pn chip.. xdpt tgk langsir baru (ayat perli)

    ReplyDelete
  2. xde gambar la ain, tak sempat nak snap! busy layan tetamu ler katakannn... len kali dtg umah sy, buleh tgk langsir baru.. betol tau! langsir baru memang dah ada! haha!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...