Lif atau org putih kate elevator, satu alat pengangkutan yang amat berguna nak bawak org turun naik tempat yg tinggi atau pon tak tinggi sangat tanpa perlu menggunakan tangga. Mudah sgt bila ada lif. Kalu tidak aku bet tak de nyer org nak bina bangunan tinggi2. buat nyeksa diri jer kalo nak pi tingkat tinggi2 tu guna tangga. Mcm aku, opis kat tingkat 12, mau berpeluh ketiak kalau nak kena naik turun tangga.
So, ramai antara kita yang hari2 guna lif. And korang perasan tak? tiap kali masuk lif, orang secara automatiknya akan diam… bagus.. memang itu pun yang patut dilakukan. Diam masa dalam lif. Bukan ape, lif tu kan sempit and biasanya sesak. Kalau kita dok borak2 dgn suara kuat, maka bergema-gema lah jadinya. Kan ke mengganggu orang lain… tak seswai la kalo nak borak2 dlm lif tu, kalau ye pon nak sgt bercerita, tunggu la bila dah kuar dari lif, bukan lama pon dok dlm lif tu kan… bwk2 ler bersabar… orang bising dlm lif? Bagi aku sgt annoying!
Satu lagi perkara berkaitan lif yang selalu buat aku hangen, time nak keluar masuk lif. Wahai orang yang tunggu kat luar lif, bersabarlah… tunggu lah orang yang dalam lif keluar dulu. Janganlah main serbu je nak masuk bila pintu dah bukak. Beri laluan…
Orang yang kat dalam lif pun kena la alert. Jangan la buat tak tau jer, bila lif dah berenti tu pandang2lah belakang kot2 ada yang nak keluar. Sila beri laluan yer…
Perkara berkaitan keluar masuk gak. Aku pernah Nampak satu situasi yang aku sangat tak faham kenapa si pelaku melakukan perkara itu. Iaitu tunggu lif betul-betul kat depan pintu lif. Depan sampai tahap dahi tersentuh kat pintu lif tu. bila pintu lif terbukak kepala dia masuk dulu. Seb baek masa tu tak de orang nak kuar dari lif. Kalo tak dahhh… berlanggar muka! Ishh ishh..~
Masa tunggu lif, aku suka tengok gelagat orang. Ada tu yang suka tekan button naik/ turun tu banyak2 kali. Padahal orang lain dah tekan, lampu dah nyala pun. Dia tekannnn jugak lagi byk2 kali. Macam lah kalo tekan banyak2 kali tu lif buleh sampai lebih cepat? Haha.. kelako lerr!
Lepas tu pulak kalau lif yang kita nak naik tu penuh…sila susun diri anda dengan berhemah yer supaya maksimum capacity boleh masuk. SILA BERHEMAH, jangan lak sampai bersentuhan dgn lain2 jantina… dan orang yang tak dapat naik pulak, kena lah tunggu lif lain.
Cerita pasal orang yang tak dapat naik nih pulak, tak menyabo nak tekan button naik/ turun lagi sekali. Tak sempat lif penuh ni nak jalan, dia dah tekan. Terbukak balik pintu lif tu… sampai 2 3 kali macam tu! Tunggu lah sampai lif tu jalan dulu baru tekan lagi chek oiii..
Another thing yang aku rasa irritating ialah orang yang suka hijack lif. Contoh situasi: si A di aras 2 nak naik ke aras 8, dia tekan button naik and turun sekali gus. So, bila lif dari atas turun, ia akan berenti kat aras dua sebelum turun ke aras satu. Si A ni pon masuk lif (lif tu kosong) and dia hijack lift u dengan tekan button 8, lif tu tak jadi turun sebaliknya terus naik ke aras 8… orang yg tuggu lif kat aras 1 ni terpaksa tunggu lif lain. Mungkin si A rasa dia bijak, tapi bagi aku tindakan ni adalah selfish dan kurang didikan…
Masih dalam kategori selfish, orang yang masuk lif dan Nampak orang kat luar tengah kejar nak naik lif tu, tapi orang kat dalam tu buat tak tau dan tekan jugak button tutup pintu. Kesian orang yg kejar tu… ape lah salahnyer tekan button bukak and tunggu kejap. Jangan ingat anda sorang jer nak cepat. Then orang yang kejar lif tu pon kalau orang dah tunggu jangan la lupe pulak nak ucap terima kasih… give and take lerr..
Lepas tu pulak orang yang masuk lif, and lif tu kosong. Dia pegi berdiri dekat sgt, depan2 sampai nak melakap badan kat button-button lif tu. then bila ada orang lain masuk dia buat tak tau… selamba jerr… tak bagi ruang orang nak tekan button tu. Actually tak salah kalo nak berdiri kat depan button tu kalau rasa seronok sgt nak berdiri kat situ. Tapi berundur la bagi ruang orang yang baru masuk nak tekan button. Kalau nak tolong tekan kan tak pe jugak!
ahaa.. Cuma, satu perkara yang aku pelik, bila masuk lif, automatically orang akan pusing dan menghadap pintu lif. Kenape hah?? Hahaha..
Tulah dia… macam2 cerita pasal lif, before I end this, ada satu pesanan, jangan kentut dalam lif walopon anda seorang diri… sebab kalo tetiba ada orang masuk, mau pengsan orang tuh! Sila ambil maklum yer~
Hahaha…