Sayang seribu kali sayang...
kenapa begitu mudah lelaki kalah kepada godaan wanita?
Sanggup mengambil risiko
biar nama baik tercalar gara-gara wanita...
kredibiliti, kepercayaan dan sanjungan
lebur kerana inginkan wanita..
Masa depan yang cerah,
laluan untuk berada di puncak kejayaan terbentang luas,
peluang untuk jasa dan nama dikenang orang sampai mati
musnah kerana nafsu terhadap wanita..
Kenapa seorang lelaki yang bijak dan hebat
jadi begitu bodoh bila berdepan dengan wanita??
Kenapa wahai lelaki???
Sungguh aku tak faham....
dan kenapa lelaki tak pernah rasa cukup
dengan hanya ada seorang wanita bergelar isteri??
Kenapa masih mahu ada yang lain
sampai sanggup biarkan perkara di atas terjadi???
Jawablah wahai lelaki...
No comments:
Post a Comment